Anwar umum kerajaan baru, Najib umum tambah stok ‘Super Ring’

Anwar umum kerajaan baru, Najib umum tambah stok ‘Super Ring’

Ketika umum menantikan pendirian Umno berkaitan usaha pembentukan kerajaan baru oleh Anwar Ibrahim, sokongan Najib Razak masih belum jelas ke arah mana.

Di media sosialnya, bekas presiden Umno yang masih berpengaruh itu masih belum menunjukkan pendirian jelasnya.

Bagaimanapun, sesuai dengan imej lucunya di Facebook, Najib hari ini sempat mengusik pengguna maya dengan memuat naik gambar dia sedang membeli makanan ringan Super Ring.

“Time (masa) macam ini kena pasti bekalan stok cukup,” tulisnya sambil menyertakan gambar pembelian di kaunter.

Najib terkenal dengan sindiran maya menggunakan imej sedang makan snek kegemaran rakyat Malaysia ini.

Beberapa pemimpin Umno hari ini telah menyatakan komitmen mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Presidennya sendiri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun tampil dengan kenyataan lunak dengan berkata tidak dapat menghalang ahli-ahli parlimen yang mengambil keputusan untuk menyokong Anwar.

Zahid malah berkata dia menghormati pendirian itu dan mengaku dimaklumkan ramai ahli-ahli parlimen Umno dan BN yang telah menyatakan sokongan pada Anwar.

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/543745

COMMENTS