Anwar cadang bantuan RM1,500 perkeluarga sepanjang PKP

Anwar cadang bantuan RM1,500 perkeluarga sepanjang PKP

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim membidas bantuan tambahan diumumkan kerajaan baru-baru ini kerana berpandangan bantuan “one off” diberikan kepada rakyat hanya bersifat sementara.

Beliau mencadangkan kerajaan seharusnya memberikan bantuan RM1,500 sebulan kepada keluarga isi rumah B60.

“Ini kerana bantuan kewangan dalam bentuk tunai akan tiris dengan cepat kepada membayar hutang seperti rumah dan kenderaan.

“Seterusnya, bantuan kewangan yang hanya dalam bentuk gimik tidak akan mempunyai kesan segera…yang diperlukan sekarang ialah ‘cash in hand’ yang konsisten dan mapan.

“Jumlah ‘cash in hand’ yang wajar adalah RM1,500 sebulan untuk golongan B60,” katanya di Facebook.

Dalam pada itu, Anwar berkata pelan pemulihan dibentangkan kerajaan juga tidak menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

Beliau berkata, misalnya i-Citra adalah wang rakyat dan moratorium pula tidak jelas kerana perlu berurusan dengan bank.

“Jadi moratorium sampai hari ini belum pasti kena pergi ke bank, kena buat perjanjian baru kemudian faedah kena bayar kena tangguhkan lagi hutang.

“Ini semua bukan penyelesaian…ini hanya nak selamatkan syarikat besar dan bank,” katanya.

Anwar berkata, pendekatan diambil kerajaan juga tidak jelas kerana ada bantuan diberikan bermula Ogos.

“Sebelum Ogos rakyat nak makan apa. Jika tidak takkan ada naikkan bendera putih. Ini semua tidak prihatin. Suntikan langsung tidak boleh ‘one off’ dan perlu beri RM1,500 kepada setiap keluarga B60 selagi PKP berjalan dua hingga tiga bulan,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/30/beri-bantuan-rm1500-sebulan-kepada-b60-anwar-beritahu-kerajaan/

BACA JUGA : Persatuan bank tampil jelaskan perincian moratorium