Antibodi dos kedua vaksin Sinovac hanya mampu bertahan 6 bulan?

Antibodi dos kedua vaksin Sinovac hanya mampu bertahan 6 bulan?

Keberkesanan antibodi daripada suntikan vaksin Sinovac dilaporkan merosot selepas enam bulan suntikan kedua bagi kebanyakan penerima.

CNA memetik laporan Reuters melaporkan, namun suntikan ketiga boleh memberi kesan rangsangan yang kuat, menurut satu kajian makmal.

Penyelidik China melaporkan dapatan itu daripada kajian ke atas sampel-sampel darah orang dewasa yang sihat berusia antara 18 dengan 59 tahun dalam satu kertas yang diterbitkan baru-baru ini.

antibodi

VAKSIN Sinovac dikatakan menyebabkan antibodi menurun selepas enam bulan dos kedua.

Bagi peserta yang menerima dua dos, dengan jarak dua atau empat minggu antara kedua-duanya, masing-masing hanya mempunyai tahap antibodi 16.9 peratus dan 35.2 peratus melebihi paras ambang enam bulan selepas dos kedua, menurut kertas kajian tersebut.

Bacaan tersebut berdasarkan data daripada dua kohort yang melibatkan lebih 50 peserta, sementara kajian itu memberikan dos ketiga kepada seramai 540 peserta.

Apabila peserta dalam beberapa kohort diberi dos ketiga, kira-kira enam bulan selepas suntikan kedua, sekali gus mempertahankan paras antibodi selepas lagi 28 hari meningkat tiga hingga lima kali ganda berbanding paras yang dilihat empat minggu selepas dos kedua, menurut kajian tersebut.

Kajian tersebut dijalankan pengkaji pihak berkuasa kawalan penyakit di wilayah Jiangsu, Sinovac dan institusi-institusi China lain.

Pengkaji mengingatkan kajian itu tidak menguji kesan antibodi terhadap varian yang lebih mudah berjangkit dan kajian lebih lanjut diperlukan untuk menilai tempoh antibodi selepas suntikan ketiga.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/07/antibodi-selepas-dos-kedua-sinovac-merosot-selepas-enam-bulan/

BACA JUGA: Setelah teruk dikecam netizen kerana diam di Parlimen, Najib kata tunggu Rabu