‘Anti vaksin tapi positif dadah, dadah organik ke?’ Netizen sindir Bapa baby Syifaa

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Bapa kepada Baby Syifaa telah ditahan oleh polis petang semalam berhubung kes penipuan dalam urusan yuran guaman dan didapati positif dadah selepas ujian saringan air kencing.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata pada tahun lalu,

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menerima beberapa laporan

Daripada individu yang menjadi mangsa penipuan berkaitan kutipan yuran guaman.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati semua mangsa berurusan dengan suspek yang mengaku sebagai orang tengah dalam urusan guaman.

'Anti vaksin tapi positif dadah, dadah organik ke?' Netizen sindir Bapa baby Syifaa

“Bayaran telah dibuat kepada suspek, tetapi semua mangsa merasa tertipu selepas mendapati wang tersebut digunakan untuk kegunaan peribadi,” ujarnya.

Sehubungan itu, tiga kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dengan jumlah kerugian sekitar RM146,087.

Beliau menambah, polis telah menyerbu sebuah unit kediaman di Wangsa Maju dan menahan suspek berusia 41 tahun serta merampas dua telefon bimbit.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine. Suspek kini direman selama tiga hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Sebelumnya, Harian Metro melaporkan bapa kepada Baby Syifaa ditahan polis petang semalam berkaitan kes penipuan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, menyatakan bahawa lelaki tersebut ditahan pada jam 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) IPD Wangsa Maju.

BACA: “Isteri aku okay tapi dia membosankan, rumah macam tiada warna, dengan bekas kekasih dulu setiap masa aku tak sabar nak jumpa dia”