Antara tujuan sidang parlimen adalah untuk bantah kompaun RM10,000 – Ahmad Maslan

Kompaun RM10,000 yang dikenakan kerajaan bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) amat tidak wajar, kata setiausaha agung Umno.

Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah itu terlalu tinggi bagi rakyat yang sedang hidup sukar ketika ini.

“Kompaun RM10,000 atas sebab langgar SOP Covid-19 tidak wajar dikenakan kepada rakyat.

“Ianya terlalu tinggi dan rakyat hidup sukar ketika ini,” catatnya di Twitter.

Beliau memuat naik beberapa foto surat saman yang dikeluarkan polis terhadap individu yang melanggar SOP, termasuk kesalahan ‘meletak pelitup muka di dagu’ seperti yang tular di media sosial.

Ahli parlimen Pontian itu berkata, beliau sepatutnya menyuarakan bantahan dalam Dewan Rakyat, tetapi parlimen masih belum bersidang.

“Sepatutnya berucap di Dewan Rakyat untuk suarakan suara rakyat membantah.

“Jika parlimen tidak bersidang, suara saya hanyalah di media sosial,” tambahnya.

Sidang parlimen masih digantung ekoran masih dalam tempoh darurat di bawah Perkara 14(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Berita penuh : https://www.projekmm.com/news/berita/2021/03/15/denda-rm10000-tak-wajar-ahmad-maslan-mahu-bantah-di-parlimen/1957896

COMMENTS

Wordpress (0)