Annuar Musa akan cari alasan tak mahu letak jawatan Menteri – Puad

Tahniah Jazlan. Hari ini dia umum tarik balik sokongan kepada kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhyiddin. 12 Ketua Bahagian Kelantan kecuali Annuar berdiri teguh dibelakang beliau.

Rasanya kalau Jazlan jemput Ketua Bahagian negeri lain hadir, pasti ramai yang sanggup berdiri di belakang beliau tanda sokongan.

Sebelum itu Jazlan meletak jawatan sebagai Pengerusi MPOB. Semoga ada MP UMNO kecuali Annuar Musa yang akan buat keputusan seperti Jazlan.

Sudah pasti Annuar Musa tidak akan melakukannya. Tun Faisal pasti bantah. Susah dia nak cari boss baru

Hakikatnya Annuar dilantik Menteri Wilayah kerana ketika itu dia adalah Setiausaha Agung UMNO. Dia bukan ditunjuk oleh Hishamuddin atau Hamzah.

Secara prinsip eloklah dia meletak jawatan Menteri sebab dia bukan lagi Setiausaha Agung BN. Tetapi dia akan cari alasan kenapa tidak perlu letak jawatan.

Annuar Musa akan kata lantikan Menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri. Pandai kamu. Confirm kekal Menteri.

Sumber :

COMMENTS

Wordpress (0)