Anjur majlis pertunangan, lelaki ditahan Polis

Anjur majlis pertunangan, lelaki ditahan Polis

Polis Labuan menahan seorang lelaki berumur 47 tahun semalam, kerana dipercayai menganjurkan majlis pertunangan yang dihadiri lebih 20 orang di Kampung Baru Selamat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Ahad lepas.

Ketua Polis Labuan Ahmad Jawila dipetik Bernama berkata, lelaki itu ditahan pada 8.30 malam setelah polis menerima rakaman video berdurasi 14 saat mengenai majlis itu yang tular di media sosial.

“Berdasarkan maklumat awam, kami menahan lelaki itu kerana mengadakan majlis pertunangan semasa PKPB,” katanya di Balai Polis Labuan di sini hari ini.

Menurutnya, lelaki itu boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya.

Ahmad berkata lelaki terbabit disiasat kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB iaitu kesalahan di bawah Seksyen 260 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/05/18/lelaki-ditahan-kerana-anjur-majlis-pertunangan-ketika-pkpb/?