Anjur ‘Food Bank’ tanpa kebenaran, restoran dilapor Polis

Anjur ‘Food Bank’ tanpa kebenaran, restoran dilapor Polis

Anjur ‘Food Bank’ tanpa kebenaran, restoran dilapor Polis.

Penganjur program bantuan bank makanan di sebuah restoran di Taman Canning di sini didapati tidak memohon kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta untuk menganjurkan program amal berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh telah pergi ke restoran berkenaan setelah menerima maklumat daripada orang awam.

“Kami berjaya mengawal pengunjung supaya mematuhi SOP, terutamanya dari segi menjaga penjarakan fizikal dan kerja amal itu diteruskan oleh penganjur.

TANGKAP layar video tular di media sosial. FOTO Ihsan Pembaca

TANGKAP layar video tular di media sosial. 

“Laporan polis telah dibuat terhadap pemilik premis restoran berkenaan. Justeru itu, siasatan dijalankan dan kes dirujuk kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman Twitter mengenai rakaman video suasana di sekitar restoran tersebut yang menjadi tidak terkawal disebabkan kehadiran orang ramai yang datang ke situ dan dilihat melanggar SOP untuk mendapatkan bantuan bank makanan yang disediakan.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/07/729069/penganjur-program-bantuan-bank-makanan-tidak-mohon-kebenaran-polis

BACA JUGA : Zahid Hamidi masuk PKR?, ini penjelasan PKR