Wanita AMANAH tumpu bantuan pusat kuarantin yang kritikal

Wanita AMANAH tumpu bantuan pusat kuarantin yang kritikal

Pada 22 Mac 2020 yang lalu, Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) telah melancarkan AWAN Special Taskforce For Covid-19 (ASTFC-19) yang diketuai oleh Puan Anfaal binti Saari, Naib Ketua 1 AWAN Nasional, sebagai satu tanda prihatin kepada petugas barisan hadapan yang memerangi wabak ini.

Semenjak ia dilancarkan sejumlah RM21 ribu kutipan telah diterima daripada pelbagai penyumbang dan sehingga kini sumbangan daripada orang ramai masih lagi diperlukan bagi sama-sama membantu melancarkan urusan pihak hospital dan pusat kuarantin yang kritikal.

Kutipan yang diterima akan digunakan untuk membeli 3 barang yang utama iaitu topeng muka, pelindung muka dan baju hujan.

Senarai hospital dan pusat kuarantin yang termasuk dalam kategori kritikal di seluruh negara akan diutamakan untuk pengagihan sumbangan ini.

Selain itu, AWAN juga sedang menggerakkan projek kedua yang memfokuskan kepada 500 orang ibu tunggal dan warga emas yang tinggal sendirian.

Bantuan berbentuk wang tunai akan disasarkan untuk projek kedua itu nanti.

Justeru, AWAN mengajak semua untuk turut sama membantu mereka dengan menyalurkan sumbangan kepada akaun yang tertera dibawah ini:

MAYBANK WANITA AMANAH NASIONAL
(Ref: COVID-19)
5648 9212 4612

Terima kasih AWAN ucapkan kepada para penyumbang yang telah memberikan sokongan kepada kami. Semoga kerja buat kita semua dapat membantu memudahkan urusan mereka dan menghilangkan wabak ini.

ANIS AFIDA BT MOHD AZLI
Pengarah Komunikasi
Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional