Anak terperangkap dalam lubang konkrit, ibu gajah menangis minta bantuan curi tumpuan

Anak terperangkap dalam lubang konkrit, ibu gajah menangis minta bantuan curi tumpuan.Gajah adalah haiwan yang sinonim dengan sifat yang sangat bijak dan hidup bersosial. Secara lumrahnya apabila berkaitan dengan anak mereka, haiwan ini bersifat melindungi dan mampu melakukan apa sahaja untuk memastikan keselamatan anak mereka berada di tahap yang baik.

Setelah beberapa jam anak gajah terperangkap di dalam lubang konkrit di Thailand, ibunya cuba sedaya upaya menolongnya. Malangnya haiwan ini menyedari ia tidak boleh melakukannya sendiri, lalu gajah ini menangis meminta pertolongan kerana ny4wa anaknya berada dalam bahay4. Jeritan gajah ini menarik perhatian sekumpulan orang yang berada tidak jauh dari situ. Akhirnya mereka menyedari bahawa gajah besar itu cuba menyampaikan sesuatu kepada mereka.

Keadaan menjadi lebih cemas apabila ibu gajah itu terlalu dekat dengan pagar elektrik. Sebaik gajah itu pengsan, orang ramai bergegas mematikan kuasa dan membantunya untuk kembali sedar. Selepas gajah itu kembali sedar, gajah itu memberikan isyarat kepada penyelamat ke tempat anaknya yang sedang terperangkap disebuah lubang konkrit.

Anak terperangkap dalam lubang konkrit, ibu gajah menangis minta bantuan curi tumpuan

Selama berjam-jam Anak gajah itu terperangkap dalam lubang kecil yang penuh dengan lumpur, penyelamat perlu segera untuk mengeluarkannya, tetapi ia bukanlah satu perkara yang mudah. Disebabkan terlalu Takut dan keletihan, anak gajah itu mula berasa panik. Bagi mengelakkan perkara yang teruk yang ungkin terjadi Pasukan penyelamat terpaksa mengg4li lubang berhampiran gajah tersebut.

Sambil ibu gajah memerhati, kumpulan orang itu akhirnya berjaya mendapatkan anak gajah yang terperangkap itu. Tanpa diduga akhirnya anak gajah itu berjaya mengeluarkan dirinya dari lubang yang berlum.pur itu.

Setelah diselamatkan, gajah kecil itu pada mulanya berasa bingung dan keliru kerana tidak dapat mengetahui dimanakah ibunya berada. Namun selepas itu gajah kecil itu melihat ibunya dan berlari ke arah ibunya dan menyedari dia selamat sekarang.

BACA JUGA :Habis bayar loan kereta, apa yang harus anda lakukan? Ini langkah seterusnya…

Youtube bakal sokong penggunaan NFT? Surat khas ini mungkin jawapannya

Macam cerita Ultraman, penduduk di China gempar dengan kehadiran cahaya misteri

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)