Anak pecahkan pasu di rumah, rupanya tempat simpan duit ayahnya selama 13 tahun

Anak pecahkan pasu di rumah, rupanya tempat simpan duit ayahnya selama 13 tahun. Biasanya setiap orang mesti akan ada satu tempat yang lain dari yang lain untuk menyimpan sedikit sebanyak duit mereka tanpa pengetahuan orang lain.

Biasanya tempat itu adalah sesuatu tempat yang langsung tiak disangka dan jika ianya diketahui oleh orang lain, ianya mungkin akan menjadi satu bahan lawak atau kelakar.

Begitulah yang terjadi kepada seorang suami ini yang berada di Guangxi, China apabila salah satu tempat penyimpanan duitnya telah diketahui oleh seluruh keluarga gara-gara perbuatan anak perempuannya.

Tempat penyimpanan duit:

Anak pecahkan pasu di rumah, rupanya tempat simpan duit ayahnya selama 13 tahun

Kisanya anak perempuan mereka suka melakukan senaman dalam rumah di ruang tamu rumah mereka. Dan pada satu hari, anak perempuan mereka secara tidak sengaja telah terpecahkan pasu besar dekat ruang tamu.

Anak perempuan mereka yang kesal turut terkejut apabila menemui sejumlah duit yang tersimpan dalam pasu tersebut.Anak Tak Sengaja Pecahkan Pasu Di Rumah, Terus Kantoi Tempat Ayahnya Sorok Duit Simpanan Selama 13 Tahun

Ketika itu, ibunya sedang berada di bilik dan baru bangun tidur.

Anak pecahkan pasu di rumah, rupanya tempat simpan duit ayahnya selama 13 tahun

“Saya tengah duduk dalam bilik tidur dan tiba-tiba, saya dengar bunyi yang kuat datang dari ruang tamu. Saya terus turun dari katil dan berlari keluar bilik. Saya nampak pasu yang dah pecah dan duit yang banyak.

“Saya mesej suami dan minta dia pulang. Ekpresi muka dia berubah sebaik saja dia masuk dalam rumah,” kata si isteri.Anak Tak Sengaja Pecahkan Pasu Di Rumah, Terus Kantoi Tempat Ayahnya Sorok Duit Simpanan Selama 13 Tahun

Bukan tu je, menurut si isteri dia habiskan masa pagi tu untuk kira duit dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5,000 Yuan (lebih kurang RM3,000). Rupanya, kantoi suami dia simpan duit dekat dalam pasu tu selama 13 tahun, bermula pada 2006 waktu mereka baru saja beli rumah tersebut.

Terbongkar rahsia

Anak pecahkan pasu di rumah, rupanya tempat simpan duit ayahnya selama 13 tahun

Bila dah terbongkar rahsia, si suami pun menceritakan kepada isterinya. Namun isterinya tida marah tetapi menganggap perkara itu agak kelakar malah sempat perli suaminya dengan berkata dah kumpul duit lebih 10 tahun, dia cuma dapat simpan beberapa ribu Yuan je, kelakar!”

Anak Tak Sengaja Pecahkan Pasu Di Rumah, Terus Kantoi Tempat Ayahnya Sorok Duit Simpanan Selama 13 Tahun.

Tonton:

Baca:

Jebat Jayden curi tumpuan warganet, “Saya tak risau, saya tak risau…”

Banjir Pantai Timur makin teruk, Abang Viva kembali lagi untuk beraksi

“Made in Janda Baik”, Fizo Omar suruh tengok video kejutan sampai habis

CATEGORIES