Anak Najib perjelas keadaan terkini bapanya tidur di penjara

Anak Najib perjelas keadaan terkini bapanya tidur di penjara.Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membiasakan diri dengan rutin baharunya di Penjara Kajang yang sama sekali berbeza dengan jadual yang dilalui selama ini.

Perkembangan terkini itu dikongsikan anaknya, Nooryana Najwa menerusi aplikasi Instagram miliknya pada malam Rabu.

Menurut Nooryana Najwa, bapanya dalam keadaan sihat, malah, semangat perjuangan juga masih kuat meskipun agak keletihan selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Baca Artikel Penuh