Anak muda mengisi kemerdekaan negara, dahulu lawan penjajah kini lawan pengkhianat

Anak muda mengisi kemerdekaan negara, dahulu lawan penjajah kini lawan pengkhianat.31 Ogos setiap tahun adalah sambutan hari kebangsaan Malaysia dan disebut juga sebagai hari kemerdekaan negara. Sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan pastinya menjadi rujukan oleh rakyat Malaysia untuk mengenal dan memahami nilai kemerdekaan yang telah dicapai sejak tahun 1957.

Hari ini kita dapat lihat dan dengar pelbagai pendapat berkenaan peranan anak muda dalam kepimpinan organisasi termasuk parti-parti politik dan barisan kepimpinan negara. Ada yang merasakan ‘’ANAK MUDA” seolah terpinggir atau dipinggirkan dalam sistem organisasi sedia ada. Sebelum mencapai kemerdekaan, sejarah mencatatkan pejuang kemerdekaan adalah dari anak-anak muda yang memulakan perjuangan dari jalanan, berlari kedalam hutan, menyertai parti politik dan diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.

Menyingkap sejarah lepas terdapat beberapa tokoh anak muda berbilang bangsa yang diukir namanya sebagai pejuang kemerdekaan Tanah Melayu. Pejuang muda sebelum merdeka ini dianggap penentang kepada pemerintah penjajah ketika itu, dan dituduh pengganas atau penjenayah serta digambarkan sebagai “KOMUNIS” yang kejam.

‘’ANAK MUDA” selepas merdeka juga mencatat sejarah mereka sendiri dengan objektif perjuangan yang merakyat. Antaranya pembelaan kepada rakyat miskin, menentang dasar-dasar kerajaan yang tidak adil, melawan pemimpin yang zalim dan tidak amanah serta isu-isu semasa yang dirasakan perlu diperbetulkan oleh pemerintah. ‘’ANAK MUDA’’ ini akan digambarkan sebagai pemberontak, melanggar undang-undang dan ditekan melalui kuasa. Merdeka bagi “ANAK MUDA” masa kini bukan lagi menentang penjajah, namun tekanan yang mereka terima dari pemerintah sangat mirip tindakan penjajah.

Perjuangan “ANAK MUDA” hari ini bukanlah untuk dituai hasilnya dalam masa terdekat sebagaimana perjuangan “ANAK MUDA” sebelum kemerdekaan. Nama yang terpahat dalam sejarah membuktikan perjuangan dari jalanan dan hutan adalah perjuangan yang sebenar dengan keikhlasan dan kebenaran.
Antara nama “ANAK MUDA” sebelum merdeka yang terpahat dalam sejarah adalah:

IBU KHATIJAH SIDEK

Dilahirkan pada 15 Disember 1918 menjadi penggerak banyak Gerakan Wanita dan Kaum Ibu di Indonesia, Singapura dan Malaysia. Perjuangannya di 3 negara nusantara pada umur seawal umur 20 tahun dan antaranya Ketika berumur 29 tahun, beliau mengetuai Himpunan Wanita Indonesia Malaya pada 1947 di Singapura. Cabaran perjuangannya ditahan ISA selama 2 tahun, melahirkan anak sulungnya dalam tahanan dan dibuang negeri dari Singapura selama 10 tahun. Belaiu bangkit untuk terus memimpin dengan menyertai UMNO dan kemudiannya parti PAS untuk terus berbakti kepada rakyat.

IBRAHIM YAAKOB
Ibrahim Yaakob adalah pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 pada Ketika umurnya 28 tahun. Gerakan yang diketuai oleh Ibrahim Yaakob sangat berstrategi sehingga kerjasamanya dengan pihak Jepun, mampu membeli akhbar Warta Melayu untuk menyebarkan ideologi mereka. KMM adalah sebuah parti politik pertama di Tanah Melayu yang menuntut kemerdekaan pada tahun 1942. Idea “MERDEKA” dicetuskan oleh beliau Ketika berumur seawal 30-an dengan Gerakan yang tersusun bersama pelbagai pihak. Beliau dipenjarakan oleh pihak British kerana dianggap penentang pada tahun 1941.

SHAMSIAH FAKEH
Shamsiah Fakeh seorang guru agama dan juga Wanita muda yang mengetuai Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pada usi 22 tahun. Angkatan Wanita Sedar adalah sebuah parti politik berhaluan kiri yang menentang pihak British untuk menuntut kemerdekaan. Shamsiah Fakeh diburu oleh pihak British dan tidak sanggup menyerah diri untuk dipenjarakan. Beliau lebih rela berjuang di hutan mengangkat senjata sebagai pejuang. Perit getirnya sebagai Wanita muda berjuang dihutan tidak mampu ditandingi oleh anak muda masa kini namun ia boleh dijadikan tokoh untuk memupuk semangat perjuangan seorang Wanita.

AHMAD BOESTAMAM
Ahmad Boestamam mengetuai Angkatan Pemuda Insaf (API) pada tahun 1946 dan Ketika itu usinya berumur 26 tahun. Beliau diangkap “TOKOH RADIKAL MELAYU” dengan semangat anti penjajah sehinggakan dirinya 3 kali disumbat dalam penjara. Penglibatannya sebagai penggerak Kesatuan Melayu Muda menerbitkan Testamin Politik Api yang menyemarakkan semangat perjuangan kemerdekaan dengan gagasan “merdeka dengan darah”. Banyak gerakan, persatuan dan organisasi yang diusahakan oleh Ahmad Boestamam termasuk Gerakan Kiri Tanah Air, Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Pusat Tenagar Rakyat (PUTERA).

ENG MING CHING (SURIANI ABDULLAH)
Eng Ming Ching (Suriani Abdullah) merupakan seorang wanita komunis yang berpengaruh di Tanah Melayu semasa zaman darurat. Beliau merupakan seorang pejuang wanita yang unggul dan bercita-cita tinggi untuk menegakkan keadilan masyarakat dan kemerdekaan negara. Beliau menyertai pergerakan bawah tanah PKM pada tahun 1940 ketika berumur 16 tahun. Dalam kalangan PKM, beliau dikenali sebagai ‘wanita besi’. Beliau merupakan penyusun golongan pekerja wanita di Lembah Kinta sebelum menyertai kumpulan gerila anti-fasis Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA). Pada 1975, beliau menjadi anggota yang terpilih jawatankuasa pusat PKM.

MOKHTARRUDDIN LASSO
Mokhtaruddin Lasso merupakan bekas pejuang anti-Jepun dalam masa Perang Dunia II dan kemudian menjadi salah seorang pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKMM ketika berumur 30 tahun. Pada hari pengisytiharan dasar-dasar perjuangan PKMM pada 30hb November 1945 ia telah mengeluarkan lapan (😎 resolusi yang dianggap oleh pihak kerajaan penjajah sebagai diinspirasikan oleh rancangan ‘Sembilan Perkara’ Parti Komunis Malaya. Di samping itu kegiatan-kegiatan PKMM yang anti-UMNO dan anti-penjajah sangat dicurigai oleh kerajaan penjajah.

AISHAH GHANI
Tan Sri Datin Paduka Seri (Dr.) Hajah Aishah Ghani bersama Shamsiah Fakeh menggerakkan Angkatan Wanita Sedar pada tahun 1945. Beliau mengorak langkah ketika berumur 22 tahun. Penglibatan Aishah dalam bidang politik bermula sebaik sahaja Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada tahun 1945, dan beliau menjadi Ahli Jawatankuasa dan sekali gus mengetuai sayap wanita yang dipanggil Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Ketika itu, beliau juga bertugas sebagai wartawan Pelita Malaya, lidah rasmi PKMM. Aishah keluar daripada AWAS pada tahun 1946 (AWAS kemudian diharamkan oleh kerajaan pada tahun 1948) dan menyertai perhimpunan yang menuntut kemerdekaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur, pada Mac tahun yang sama. Beliau menyertai UMNO Kampung Baru pada tahun 1949 dan dilantik sebagai Setiausaha.
ISHAK HJ MUHAMMAD (PAK SAKO)

Pak Sako bekerja sebagai Majistret Kelas lll. Setelah sekian lama bekerja, Pak Sako mendapati pihak British seperti ingin membuat sesuatu perkara yang negatif terhadap orang Melayu. Pada tahun 1934, Pak Sako meletakkan jawatan beliau sebagai Majistret Kelas lll kerana tidak mahu bekerjasama dengan pihak British lalu menjelajah Semenanjung Tanah Melayu. Pak Sako kemudiannya menumpukan usaha kepada penulisan dan politik nasionalis. Pak Sako dipenjarakan sebanyak dua kali kerana menentang penjajah dan juga pemerintahan selepas merdeka. Perjuangan Pak Sako diterjemahkan melalui penulisan yang dibukukan dalam bentuk cerpen dan lain-lain.

JANAKY ATHI NAHAPPAN
Janaky Athi Nahappan seorang gadis muda terlibat dalam ketenteraan seawall umur 18 tahun menentang British. Beliau juga antara pengasas Malayan Indian Congress (MIC) ketika berumur 21 tahun. Beliau adalah antara wanita pertama yang menyertai Tentera Nasional India (INA) yang dianjurkan semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bagi memperjuangkan kemerdekaan India dengan Jepun.

AZIZ ISHAK
Aziz Ishak terlibat dalam politik bersama Kesatuan Melayu Muda (KMM) seawall umur 25 tahun. Beliau mengetuai Gerakan Angkatan Melayu Sedar (GERAM) pada tahun 1946. Kecewa dengan dasar British yang tidak adil dan dituduh bekerjasama dengan Jepun oleh bos Eropah (Pegawai Inggeris itu dikalahkan oleh Jepun (1942-45) dan ditahan di Penjara Changi), Aziz menyertai abangnya Yusof Ishak mengasaskan Utusan. Beliau menulis artikel tentang UMNO, pentadbiran negeri, persekutuan dan ruangan ketua pengarang. Aziz menjadi ahli KMM semasa bertugas sebagai pegawai perikanan di Kuala Kurau. Tahun 1946, beliau dan wartawan Abdul Samad Ismail menubuhkan Gerakan Angkatan Melayu Sedar (Geram)tapi ditolak pendaftarannya oleh pegawai penjajah. Mereka diintip oleh Cawangan Khas. Geram sangat kritikal terhadap Malayan Union, mengkritik UMNO faktor bangsawan feudal dalam UMNO.

FATIMAH HASHIM
Tun Tan Sri (Dr) Hajah Fatimah Hashim memulakan kerjaya politiknya dengan menyertai UMNO pada tahun 1947, ketika berusia 21 tahun. Beliau menganggotai Pergerakan Kaum Ibu (UMNO) Cawangan Kampung Nong Chik, Johor Bahru, dan memegang jawatan Bendahari, serta kemudiannya Setiausaha Kaum Ibu Cawangan Johor Bahru. Pergerakan Kaum Ibu UMNO kini dikenali dengan nama Wanita UMNO.

Ridhuan Esa
31 Ogos 2021
ANAK MUDA PASCA MERDEKA
Ketua Pemuda AMANAH Tenggara

Sumber:

BACA: Panas !!! Akhirnya Faizal mohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkannya