Anak Hadi sahkan ayahnya stabil di IJN, nafi kritikal seperti tersebar

Anak Hadi sahkan ayahnya stabil di IJN, nafi kritikal seperti tersebar

Anak kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mengesahkan bapanya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) namun menafikan berada dalam keadaan kritikal seperti didakwa.

Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan susulan dengan pemantauan doktor.

“Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah. Insya-Allah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa,” katanya dalam catatan di Facebook.

Beliau juga memohon semua pihak mendoakan kesembuhan pemimpin PAS itu dan mengadakan solat hajat supaya diberikan kesembuhan segera.

Sebelum ini, tular mesej yang mengatakan Hadi dimasukkan ke ICU kerana tidak sedarkan diri.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/06/ayah-stabil-di-ijn-anak-hadi-seru-semua-pihak-doakan-bapanya-buat-solat-hajat/