Seorang remaja berusia 17 tahun di Jepara, Jawa Tengah ditahan polis kerana membunuh ibu kandungnya dalam kejadian Ahad lalu.
Detik melaporkan, remaja itu nekad membunuh ibunya kerana terlalu beremosi selepas sering ditegur kerana menonton televisyen.
Ahad lalu, Polis Daerah Jepara menerima laporan berlakunya kekerasan fizikal mengakibatkan mangsa meninggal dunia, dilakukan seorang remaja berusia 17 tahun.
“Remaja itu tidak lagi bersekolah sejak kelas 1 Sekolah Menengah Pertama (SMP). Mangsa adalah ibu kandungnya sendiri,” jelas Ketua Unit Jenayah Polis Jepara, Fachrur Rozi di sini hari ini.
Menurut beliau, kejadi berlaku ketika remaja itu tidur di depan televisyen dan ditegur ibunya kerana tidak bekerja serta hanya menonton televisyen.
Katanya, ketika kejadian, bapanya tiada di rumah dan sedang bekerja.
“Suspek kemudiannya berang dan mengambil pisau lalu menikam mangsa. Panik dengan apa yang berlaku, suspek meminta bantuan jiran dan ibunya dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di hospital,” jelasnya.
Fachrur berkata, mangsa sempat ‘melindungi’ anaknya dan berkata kononnya ditikam individu tak dikenali.
“Bagaimanapun remaja tersebut ditahan kerana terdapat kesan darah pada badannya dan selepas siasatan lanjut, suspek mengakuinya,” katanya.
Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/berang-dimarahi-kerana-asyik-menonton-televisyen-anak-sanggup-bunuh-ibu/