Anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyah mendakwa
Beliau pernah menjadi mangsa keganasan termasuk dirogol oleh seorang pemimpin GISB Holding Sdn Bhd (GISBH).
Menurut Ummu Atiyah, pemimpin GISBH terbabit ingin menikahinya secara paksa dan melakukan pelbagai jenis
penderaan selepas melarikannya ke Turki pada 2015 lalu dengan bantuan pengikut organisasi itu.
Lebih memburukkan keadaan, Ummu Atiyah juga turut dikhianati oleh adik lelakinya sendiri yang bukan sahaja tidak melindunginya malah mengikut arahan pemimpin berkenaan.
Perkara mengejutkan itu didedahkan sendiri oleh anak Ashaari yang juga dikenali sebagai Abuya dalam satu sesi sidang media eksklusif di ibu negara pada Jumaat, lapor Sinar Harian.
“Ketika itu saya memang menolak. Saya memang tak nak (kahwin dengannya), sebab (pemimpin itu) seorang yang tua dan boroi. Memang saya geli, saya jijik (dengannya).
“Selepas saya dapat mesej di WhatsApp itu, saya lari ke rumah kawan di Jordan. Kemudian dia (lelaki berkenaan) dan pengikutnya datang. Mereka mahu saya serahkan diri. Mereka buat kecoh sampai jam 1 hingga 2 pagi.
“Selepas hampir seminggu, kawan saya diarahkan keluar bersama mereka. Apabila dia balik, dia minta saya serah diri. Jadi saya tahu dia diugut,” kata wanita berusia 41 tahun itu memetik laporan Sinar Harian.
Pemimpin GISBH itu dikatakan ingin menjadikan Ummu Atiyah sebagai isteri keempat secara paksa selain turut mendakwa mendapat arahan untuk mengahwininya daripada arwah Abuya dan Rasul.
Dalam keadaan terpaksa, Ummu Atiyah menyerahkan diri dan diminta bersalam dengan pemimpin terbabit sebagai tanda setuju berkahwin namun wanita itu menolak untuk melakukan perbuatan tersebut.
Selepas bertindak sedemikian, Ummu Atiyah dipisahkan dengan anaknya dan dilarikan ke Turki serta didera kerana enggan memenuhi kehendak pemimpin GISBH itu untuk bersama sehinggalah dirogol.
“Saya pernah dicucuh dengan pemetik api dan direndam di dalam kolam. Ketika itu, adik lelaki saya yang juga merupakan pengikut pemimpin itu meminta saya menanggalkan baju untuk ditunjukkan kepada individu berkenaan.
“Kerana saya takut kalau mati sebab direndam lebih dari satu jam. Saya tercunggap sebab air sudah banyak saya telan, sakit dada saya. Jadi saya terpaksa kata ya,” jelasnya dalam sidang media itu.
Baca juga:
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio