AMANAH Sarawak setuju PRN ditangguhkan, serah YDP Agong dan TYT putuskan tarikh

AMANAH Sarawak setuju PRN ditangguhkan, serah YDP Agong dan TYT putuskan tarikh

Merujuk kepada laporan Astrowani bertarikh 15hb Mei,Yang berhormat ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg akan menyerahkan kebijaksanaan Yang Dipertua Agong dan TYT Sarawak Untuk menetapkan tarikh pembubaran dun Sarawak.

Amanah Sarawak bersetuju dengan langkah yang diambil oleh YB Ketua Menteri, tarikh PRN Sarawak diserahkan kepada YPA dan TYT Sarawak Untuk ditentukan.

Memandangkan situasi pendemik Covid-19 di Sarawak meningkat setiap hari dan tiada tanda-tanda ia akan pulih sepenuhnya.

Maka Amanah Sarawak berpandangan PRN Sarawak harus ditangguhkan agar Kita semua fokus bersama mematikan dahulu penulaar pendemik Covid-19 dari terus merebak.

Amanah Sarawak sangat setuju dengan kenyataan YB ketua Menteri Sarawak seperti yang dilaporkan dalam portal Sarawakvoice bertarikh 28 Februari 2021 bahawa nyawa Rakyat adalah lebih penting dari PRN.

Kita mahu rakyat turun mengundi dalam keadaan selamat dan selesa Serta mampu memilih mengikut pilihan mereka.

Sehubungan dengan ini,Amanah Sarawak turut mendesak agar kerajaan GPS mencari solusi segera atas isu-isu Rakyat dan pengurusan Covid-19

Antaranya,

A) Pendidikan

– Adakah PDPR ini berkesan?

B) Pembelian Vaksin

– Sidang dun wajib bersidang Untuk bincang Pembelian Vaksin

– Adakah Kelengkapan perubatan dan hospital Untuk menempatkan pesakit tidak mencukupi di Sarawak seperti yang di uar2kan?

C) Peniaga kecil

– hilang punca pendapatan

– Terpaksa membayar sewa dan sebagainya

Amanah Sarawak mengesa Pihak berkuasa agar memberi kelonggaran kepada NGO tidak Kira NGO Mesra kerajaan ataupun pembangkang Untuk sama-sama turun Padang bagi membantu rakyat dalam tempoh yang amat sukar ini.

RAHMAT UNTUK SEMUA

Hud Andri Zulkarnaen
Timbalan pengerusi Amanah negeri Sarawak