AMANAH Pulau Pinang Sumbang 500 Pek Barangan Keperluan Asas Kepada 13 Kawasan Parlimen Pulau Pinang

AMANAH Pulau Pinang Sumbang 500 Pek Barangan Keperluan Asas Kepada 13 Kawasan Parlimen Pulau Pinang

Amanah Pulau Pinang hari ini mengedarkan kepada semua 13 kawasan parlimen dalam negeri Pulau Pinang pek barangan keperluan asas dengan jumlah 500 pek semuanya.

Program serahan yang berjalan dengan mematuhi semua arahan social distancing, pemakaian pelitup muka dan langkah pencegahan lain itu berjalan di dua lokasi iaitu di sebelah pulau dan sebelah Seberang Perai.

Program yang diselaraskan Biro Kebajikan AMANAH Pulau Pinang itu dengan inisiatif dan kerjasama Amanah Pulau Pinang itu dilaksanakan atas keprihatinan kepada nasib rakyat yang terjejas iaitu terputus bekalan makanan dan tiada sumber pendapatan akibat musibah Covid19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumbangan diketuai oleh Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Dr. Roslan Ahmad itu mensasarkan golongan memerlukan terutama yang tidak boleh berniaga dan bekerja dengan harapan mereka berupaya melalui tempoh sukar ini.

Turut hadir sama ialah Timbalan Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Tuan Haji Yusoff Noor, Naib Pengerusi I, Dr. Zaidi Zakaria, Naib Pengerusi II, Ustaz Ahmad Fahmi A Bakar dan Ketua Pemuda Negeri Saudara Muhamad Khairul dan Ketua AWAN (Angkatan Wanita) Puan Hajjah Aida Yusoff.

Amanah Pulau Pinang berusaha menyahut seruan kerajaan negeri Pulau Pinang yang melancarkan kempen dengan tanda pagar #PenangLawanCovid19 dalam bersama-sama mengharungi waktu yang sukar ini.

Disamping itu juga, pimpinan Amanah Pulau Pinang juga menyampaikan nasihat-nasihat berkaitan kempen Covid-19 dengan mengangkat placard tertulis beberapa mesej ringkas seperti #stayhome #staysafe #dudukrumah dan lainnya.

Menurut Timbalan Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Tuan Haji Yusoff Noor mereka juga sedang mensasarkan sumbangan fasa kedua sekiranya tempoh perintah kawalan pergerakan ini berlanjutan.

Ketua Pemuda Amanah Pulau Pinang, Saudara Muhamad Khairul akan mengerahkan Pemuda AMANAH Kawasan-Kawasan untuk turut serta dalam serahan di kawasan masing-masing. “Kita perlu tenaga muda untuk menggerakkan aktiviti ini supaya dapat meringankan beban pimpinan kawasan”, kata beliau.

Sumber FB :

COMMENTS