AMANAH Muncul Selepas 36 Tahun Tun M Perkenal

Tahun 1982 Dr Mahathir memperkenalkan slogan kerajaan berbunyi : Bersih, Cekap, Amanah.

Tapi sayang, slogan tinggal slogan… Selama 36 tahun, di mana Bersih, di mana Cekap, di mana Amanah dalam pentadbiran negara…?

Tahun 2018 baru jumpa parti Amanah dalam kerajaan…. Dengan adanya Amanah, diharap kita akan jumpa Bersih dan Cekap… Parti Amanah menjadi pemacu untuk melahirkan kerajaan yang Bersih dan Cekap.

Parti Amanah, bukanlah besar sangat jasa kepada kerajaan dan rakyat serta negara secara umum…. Ahli Parlimen cuma ada 11 orang saja…. Amanah parti kecil… Parti satu persen, kata orang PKR… Orang PAS kata pemimpin Amanah cuma nyamuk yang kerjanya kacau orang nak tidur.

Memang…! Amanah lahir dari tulang sulbi PAS… Tidak seperti PKR dan PPBM yang lahir dari celah kangkang UMNO.

Tak ramai orang PAS yang berpaling dari PAS dan menyebelahi Amanah… Di kampung atau di bandar, nisbah orang PAS yang masuk Amanah cuma satu orang per lima puluh orang…. Orang UMNO jauh sekali… Ada, tapi tak ramai… Boleh kira dengan jari tangan je.

Ya, Amanah parti hama… Amanah hanya menumpang dalam PH… Daripada 222 kerusi parlimen, Amanah cuma diberi orang bertanding 27 sahaja, itu pun termasuk di Sarawak…. Dari 27 tu, cuma 11 yang menang… 11 per 222, maknanya Amanah hanya menang 4.95% saja dari keseluruhan parlimen yang ada.

Akan tetapi, satu perkara saja kita kena ingat…. Kalau tak ada Amanah, tak ada lah Pakatan Harapan…!! Parti yang punya 11 MP inilah yang paling berperanan dalam merubah lanskap politik negara.

Orang-orang Amanah lah yang menubuhkan PH. Pada hari Pakatan Harapan dibentuk, pemimpin PKR yang hadir hanya Wan Azizah dan Saifudin Nasution sahaja…. Kak Wan dan Saif lah yang berjasa paling besar sekali sehingga terbentuknya PH… Ketika itu orang-orang PKR yang lain seperti tidak mengiktiraf Pakatan Harapan dan mereka hanya memandang Amanah parti baru yang kecik tidak signifikan langsung dalam politik negara.

Pada hari penubuhan PH, semua pemimpin utama Amanah hadir, ramai juga orang DAP yang hadir, PKR tak ramai, selain Kak Wan dan Saif, seingat saya Johari Abdul ada sekali… Orang PAS hanya seorang yang hadir, Mahfuz Omar…. Seolah-olah itu program Amanah.

Ya, hanya Amanah yang bersungguh-sungguh menubuhkan PH… Di Selangor, PKR tidak mengiktiraf PH…. DAP hanya mengikut Amanah, padahal kalau mereka tak nak join mana-mana pakatan bertanding sendiri-sendiri guna lambang roket pun boleh.

PRU-14, Tun Mahathir sendiri puji Amanah, Tun kata, akhirnya pihak yang menjayakan pembahagian kerusi PH ialah Amanah…. Ya, kalau tidak kerana kebijaksanaan orang Amanah, pembahagian kerusi itu akan gagal dan Pakatan Harapan akan bubar… Berapa kerusi yang Mat Sabu, Salahudin Ayub, Anuar Tahir, Dr Hatta Ramli serahkan kepada PKR dan Bersatu hingga akhirnya semua pihak berpuas hati dan Amanah tinggal 27 kerusi saja… Itu pun di semua kawasan maut yang PKR dan Bersatu pun tak kelapaq nak bertanding.

Saya masih ingat bagaimana orang-orang Amanah di KL yang tak puas hati kerana Amanah tak dapat bertanding satu kerusi pun di Wilayah…. Dalam rundingan awal, Amanah diberi bertanding di Titiwangsa, sekurang-kurangnya… Tetapi akhirnya kerusi itu dikorbankan kepada Bersatu… Maka marahlah orang-orang Amanah Wilayah, ada yang merajuk, ada yang memprotes, membebel pok-pek pok-pek tak puas hati dengan Tun Mahathir, sebab Tun tak bagi satu kerusi pun kepada Amanah untuk bertanding dalam Wilayah…. Tetapi selepas PRU-14, Tun bagi orang Amanah jadi Menteri Wilayah…!! Mereka tak nampak… Setakat bertanding satu kerusi yang belum tentu menang, ini Tun bagi jawatan Menteri Wilayah terus kepada Amanah, awak paham tak ni…?

Ya, kalau tanpa Amanah, tak ada lah Pakatan Harapan… Dan 11 kerusi parlimen Amanah itulah yang mengcukupkan bilangan untuk Tun Mahathir diangkat jadi PM.

Amanah parti kecik, tapi jasanya cukup besar kepada kerajaan dan rakyat… Amanah lah king maker yang sebenar… Kalau tanpa Amanah nescaya jalan sejarah politik kita akan berbeza…. Ini kita kena sedor kita kena pahang.

Semoga sejarah ini dapat dibaca oleh semua orang Amanah dan semua orang PAS