AMANAH KUKUH MENDOKONG AMALAN DEMOKRASI

Mengikut perlembagaan parti, keanggotaan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara tidak melebihi 49 orang.

27 orang adalah dipilih di dalam konvensyen. 3 orang adalah ketua-ketua sayap yang terpilih di dalam konvensyen di peringkat sayap parti. 14 orang pengerusi-pengerusi negeri yang terpilih di peringkat konvensyen negeri-negeri.

Presiden hanya boleh melantik AJK tambahan tetapi jumlahnya keseluruhannya tidak melebihi 49 orang.

Sistem ini lebih berani dan demokratik berbanding parti-parti politik lain kerana Presiden hanya boleh melantik beberapa orang sahaja, manakala Pengerusi negeri tidak ditentukan oleh Presiden tetapi dilantik oleh perwakilan di dalam
konvensyen negeri.

Kebanyakan parti-parti politik lain memberikan kuasa melantik pengerusi negeri-negeri kepada Presiden.

Jamzuri Ardani