Amanah Kedah sanggah Sanusi, cuti peristiwa Thaipusam sejak 2014 lagi

Amanah Kedah sanggah Sanusi, cuti peristiwa Thaipusam sejak 2014 lagi

Islam itu rahmat untuk semua. Terjemahan ini di ambil dari Ayat AlQuran Surah Al-Anbiya’ Ayat 107 ” Tidaklah Kami mengutuskan kamu wahai Muhamad, melainkan sebagai rahmat kepada sekelian alam “.

Gagasan Rahmatan lil Alamin ini adalah perjuangan mantan Menteri Agama, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan ianyanya telah menjadi dasar negera di zaman pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan setelah mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI ) dan juga telah di luluskan oleh Kabinet.

Rahmatan Lil Alamin ini di kira pendekatan yang paling ampuh dalam usaha Kerajaan Pakatan Harapan untuk memperkukuhkan hubungan antara kaum sesuai dengan kepelbagaian Ugama, Bangsa, Budaya dan Adat Resam yang wujud dalam negara kita.

Konsep Rahmatan Lil Alamin juga menyokong untuk Umat Islam beriman dan mempraktikkan satu lagi ayat Al Quran iaitu Ayat 13, Surah Al Hujarat yang mengiktiraf kepelbagaian dan peranan berkenalan diantara satu sama lain.

Rahmatan Lil Alamin sudah tentu bukanlah suatu pendekatan ‘liberal’ sebagaimana yang sengaja di salahfaham oleh setengah pihak.

Sepanjang pentadbiran Pakatan Harapan Negeri Kedah, Dato Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar juga mengambil pendekatan Rahmatan Lil Alamin ini.

Beliau terus menyambung Cuti Peristiwa yang telah diisytiharkannya sejak 2014 lagi untuk penganut yang berugama Hindu merayakan perayaan ini, walaupun tidak pernah di berikan sebelum itu.

Sifat Rahmatan Lil Alamin terserlah kerana pendekatan prihatin ini kepada penganut Ugama Hindu walaupun mereka adalah golongan minoriti.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor memimpin kerajaan tebuk atap Kedah. Beliau tidak di pilih rakyat untuk memerintah. Sejak merampas kuasa kerajaan mandat rakyat Pakatan Harapan dalam bulan Mei 2020, beliau telah banyak kali menunjukkan wajahnya yang sebenar dan terbaru adalah membatalkan keputusan MMK Kedah 2014 Cuti Peristiwa Perayaan Thaipusam.

Memberi alasan perlaksanaan PKP dan darurat tidak mampu untuk menutup wajah dan sifat sebenar Sanusi dan Parti Pas. Pendekatan Pas for All di zaman Tok Guru Nik Abd Aziz yang hampir sama dengan pendekatan Rahmat Untuk Semua hanya lah tinggal slogan yang di praktikkan semasa tidak berkuasa.

Bila sudah berkuasa ianya tinggal slogan semata-mata.

Yb Dato’ Dr Ismail Salleh
ADUN Pengkalan Kundor
Pengarah Komunikasi PH dan AMANAH Kedah.

FB

COMMENTS