Aliran kenderaan masuk Kelantan mula catat peningkatan

Aliran kenderaan masuk Kelantan mula catat peningkatan. Jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan menunjukkan peningkatan sebanyak 20 peratus pada hari pertama kebenaran rentas negeri diberikan kepada penerima lengkap vaksin Covid-19.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pertambahan kenderaan dari Johor Bahru dan Kuala Lumpur itu dikesan di empat sekatan jalan raya (SJR) yang masih beroperasi di bawah penugasan Ops Benteng Empat bermula awal pagi tadi.

Menurutnya, SJR terbabit yang terletak di laluan utama masuk ke negeri ini dengan dua di Gua Musang selain satu di Jeli dan Pasir Puteh.

BACA JUGA : Awas !!! Individu tak lengkap vaksin, anda mungkin ‘kantoi’ dengan polis jika rentas negeri

“Kita telah menutup 16 SJR di daerah-daerah bermula pukul 12 tengah malam tadi, namun sekatan di laluan masuk negeri masih dikekalkan untuk operasi pencegahan jenayah termasuk pemeriksaan rawak pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kenderaan dijangka bertambah pada hujung minggu ini memandangkan perantau dari Kelantan teruja untuk pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya pada sidang akhbar selepas memantau perkembangan SJR Bukit Yong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shafien berkata, polis hanya mengesan satu kes individu tidak lengkap suntikan vaksin yang cuba merentas negeri di SJR Bukit Yong, namun telah diarahkan untuk berpatah balik.

BACA JUGA : 3 RUU dijangka bakal dibentang di Dewan Rakyat hari ini

Menurutnya, polis Kelantan akan terus memantau lokasi pusat peranginan, pusat rekreasi, restoran dan kawasan awam bagi mengelakkan sebarang pelanggaran SOP meskipun rentas negeri dibenarkan ketika ini.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/11/kenderaan-masuk-kelantan-meningkat-20-peratus/

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Aliran kenderaan masuk Kelantan mula catat peningkatan […]