ALHAMDULILLAH! TABUNG HAJI BERJAYA DISELAMATKAN

Ketika TH mahu distrukturkan semula di bawah pentadbiran baharu, pelbagai andaian dan cemuhan yang dibuat oleh pembangkang. Mereka lupa, pemimpin rejim kleptokrat lah yang selama ini telah menyamun duit TH dan kemudian cuba menutup kebusukan tersebut dengan memberikan dividen ala Pak Man Telo kepada para pendeposit sehingga TH rugi RM4 bilion.

Tiga langkah penting yang dilakukan oleh Dr Mujahid untuk menyelamat Tabung Haji. Pertama, beliau melantik pasukan professional yang berkemampuan dan berintegriti untuk menerajui Tabung Haji tanpa campurtangan politik didalam membuat keputusan berhubung perniagaan dan pelaburan. Ini bagi memastikan Tabung Haji tidak lagi mengulangi kesilapan lampau membiarkan pemimpin politik menjarah kekayaannya secara berleluasa.

Rakyat sedang menunggu perbicaraan penuh kes rasuah melibatkan mantan Pengerusi Tabung Haji untuk mengetahui perincian tindakan curang pentadbir Tabung Haji sebelum ini.

Kedua, Dr Mujahid berjaya meyakinkan Menteri Kewangan untuk menyuntik dana sekitar RM10 bilion untuk Tabung Haji menstrukturkan semula kedudukan aset-asetnya yang mengalami kerugian. Dana ini bukan terus diberikan kepada TH begitu sahaja, tetapi digunakan bagi membentuk SPV yang mengambil-alih sebahagian aset-aset TH yang tidak berdaya maju (non performing assets) dengan harga yang tinggi dari harga pasaran, kemudian menguruskan aset-aset ini dalam tempoh tertentu dengan menjanjikan keuntungan yang munasabah kepada TH dalam tempoh tersebut. Perjanjian pula dibuat dengan klausa yang memihak serta menjaga kepentingan TH di mana TH berhak untuk mengambil semula aset-aset tersebut sekiranya penilaian komersial mendapati ianya menguntungkan TH.

Pembangkang menyebar fitnah kononnya Tabung Haji telah dijual kepada orang kafir sehingga menimbulkan andaian dan persepsi yang buruk kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Akhirnya terbukti, fitnah mereka adalah batil dan kebatilan itu akan lenyap juga akhirnya ibarat buih di lautan.

Ketiga, Dr Mujahid berjaya meyakinkan para pendeposit dan pelabur bahawa penstrukturan semula ini adalah baik untuk Tabung Haji pada jangka masa panjang. Walaupun di atas dasar pertanggungjawaban, TH terpaksa mengumumkan dividen yang sandat rendah selepas penstrukturan semula, para pendeposit dan pelabur kekal bersama TH. Deposit TH tetap meningkat dan tiada tanda-tanda yang menunjukkan sebarang ‘hilang percaya’ ke atas pengurusan Tabung Haji.

Hasilnya jelas kelihatan. Tabung Haji mula mencatatkan keuntungan. Kedudukan kewangan TH kembali kukuh dan aset-aset TH mula menjana keuntungan untuk para pendeposit dan pelabur.

Tahniah Tabung Haji. Tahniah Dr Mujahid. Tahniah Rakyat Malaysia!

Tarikh keramat 9hb Mei 2018 telah menyelamatkan Tabung Haji, sebuah institusi kewangan yang penting dan menjadi kebanggaan buat umat Islam di negara ini.

Jamzuri Ardani
Pengarah Komunikasi Amanah Melaka