Al-Mursyidul Am yakin PAS boleh menang di PRN Melaka

sembang kari

Seluruh ahli dan pimpinan PAS mestilah mempunyai sikap _wala’_, yakin dan menuruti segala disiplin dan ketetapan perjuangan dengan sentiasa menjadikan al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan yang mutlak.

Al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin mengingatkan betapa setiap ahli dan pimpinan bertanggungjawab membangkitkan semangat dan roh perpaduan kepada setiap lapisan rakyat walaupun berdepan dengan banyak cabaran.

Al-Mursyidul Am yakin PAS boleh menang di PRN Melaka

Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin

Beliau menyatakan cabaran tersebut sebagaimana ungkapan al-Quran yang meletakkan kewujudan pelbagai jenis manusia antaranya jahil, umpama mayat, selalu lupa, lena dari tuntutan, mabuk dan derhaka, serta berazam menentang syariat.

“Oleh itu, tugas kita sebagai kepimpinan dalam jemaah Islam ini, sudah tentulah tugas ini satu tugas yang paling berat yang akan kita hadapi terutama dengan diri kita.

“Kadang-kadang kita sendiri jadi mayyit, jahil. Kadang-kadang kita jadi naimi, yang tidur. Kadang kadang kita jadi mabuk, dan kadang-kadang kita jadi yang binasa,” ujarnya memberi nasihat.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-67 di Duyong Marina Resort, di sini sebentar tadi.

Beliau turut mengingatkan agar sikap atau perbuatan binasa disebutnya itu tidak berlaku dalam kalangan ahli dan pimpinan dalam persediaan untuk menempuh PRN Melaka yang dilihat di atas kertas adanya kesukaran.

Tuan Guru Hashim membangkitkan motivasi dengan kisah Perang Badar di mana jumlah yang sedikit dan punyai kelemahan berbanding musuh, namun dengan pertolongan Allah akhirnya mencapai kemenangan.

Begitu juga kupasnya, kemenangan datang dengan pertolongan Allah dalam Perang Khandak dan Perang Ahzab di mana walaupun jumlah tentera Islam sedikit, tetapi pasukan musuh lari lintang-pukang.

Sebaliknya tekan beliau, apabila wala’ gagal diberikan dan adanya pengkhianatan sebagaimana Perang Uhud, menyebabkan tentera Islam tidak mencapai kemenangan ketika itu.

BACA JUGA : Panas !!! Pelatih pusat latihan mati dipercayai dibelasah warden
Panas !!! Ketua Pemuda Pas dedah usaha musnahkan parti itu dari dalam

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    […] BACA JUGA : Al-Mursyidul Am yakin PAS boleh menang di PRN Melaka […]