Assalamualaikum dan salam sejahtera.Aku Bunga, berusia 31 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Namun, hidupku sering dibayangi pengalaman masa kecilku.
Papaku anak sulung dalam keluarganya. Aku adalah cucu sulung bagi keluarga sebelah papa.
Cucu kesayangan atuk dan nenek serta anak saudara kesayangan pakngah, paklang, makcik dan paksu. Aku sering dimanjakan mereka.
Sejak berusia 2 tahun lagi, aku akan tidur bersama atuk dan nenek setiap kali pulang ke kampung.
Seingat aku, hingga aku berusia 16 tahun. Sudah menjadi rutin.
Aku masih tidur bersama atuk dan nenek beramai ramai bersama adik adikku yang lain.
Atuk dan nenek sering memeluk dan menciumku membuatkan aku begitu selesa dan terasa diri disayangi dan diberi perhatian sepenuhnya.
Bagiku, sedangkan mama dan papa jarang memelukku erat terutama sejak lahirnya adik adikku.
Bukan kerana mereka tidak sayang akan aku. Cuma, mereka sibuk menguruskan kehidupan aku dan adik adik.
Segar diingatan aku, sewaktu tidur siang di rumah atuk. Atuk akan memelukku erat dengan penuh kasih sayang.
Atuk sering mengusap usap kepalaku dan badanku hingga aku lali, lalu tertidur.
Atuk juga sering memasukkan tangannya ke dalam seluarku lalu mengusap lembut bawah aku.
Aku begitu selesa dimanjakan dan disayang atuk sedemikian. Kejadian ini sudah tidak terhitung kekerapannya. Rasanya bermula sekira usia 3 – 4 tahun sehingga 9 tahun.
Bagiku, tindakan itu tindakan biasa seorang atuk menidurkan cucunya. Aku pun selesa diperlakukan sedemikian. Tenang sekali.
Atuk juga kadang melakukannya sewaktu tengah malam ketika aku sedang tidur. Aku merasakan betapa atuk sayang akan aku apabila dibelai belai sedemikian.
Namun, perlakuan itu hanya apabila aku bersama atuk. Sekiranya nenek ada bersama, atuk tidak sedemikian.
Aku sama sekali tidak menyedari dan tidak mengetahui bahawa itu adalah gangguan s3ksual.
Badanku diraba raba atuk. Sedangkan aku merasakan bahawa ia adalah curahan kasih sayang atuk.
Atuk semakin jarang melakukannya apabila aku meningkat usia. Mungkin kerana tidak mahu tembelangnya pecah.
Sejak usiaku 10 tahun, atuk tidak lagi melakukannya. Namun, perhatian dan kasih sayang atuk tetap sama seperti dulu.
Cucu cucunya akan dimanjakan dan dipenuhi segala permintaan. Marahi atau dijentik jauh sekali.
Sekiranya mama dan papa memarahiku, pasti atuk membela. Jadi, aku terasa sangat disayangi atuk.
Aku merupakan cucu kebanggaan atuk kerana cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Setiap kali cuti sekolah, pasti aku akan bermalam di rumah atuk. Atuk tidak lagi merabaku tetapi masih mencium dan memelukku erat terutamanya sewaktu tidur.
Ketika itu, aku merasakan yang atuk sangat sayang akan aku. Kenangan sewaktu zaman kanak kanakku begitu indah dan manis manis belaka setiap kali pulang ke kampung dan tinggal bersama atuk nenek.
Apabila ke sekolah, aku telah didedahkan dengan ilmu berkenaan gangguan s3ksual sewaktu berusia 11 tahun.
Walau bagaimanapun, aku sama sekali tidak dapat menghubungkaitkan kejadian yang menimpaku sebagai suatu bentuk gangguan s3ksual.
Dipendekkan cerita, sewaktu aku berusia 16 tahun, aku pulang ke kampung seperti biasa.
Akibat keletihan dengan aktiviti kokurikulum di siang hari, aku berehat di bilik atuk lalu tertidur.
Adik adiku semunya masih belum tidur kerana masih menonton televisyen. Nenek pula masih sibuk berborak dengan kedua ibu bapaku. Rasanya masih awal, kira kira jam 9 malam.
Tiba tiba, aku merasakan seolah olah ada benda merayap pada tubuhku. Aku menepis, tetapi benda itu merayap lagi ke bahagian atas badanku.
Aku merasakan atas badanku diramas ramas lembut. Aku terkejut lalu menjerit dan terus terduduk.
Kelihatan atuk yang berdiri di tepi katil.
“Mimpi hantu ke? Tu la, tak mandi sebelum tidur,” kata atuk sambil ketawa kecil sambil mengusap kepalaku.
Mama dan papa yang bergegas datang menjenguk sekadar geleng kepala apabila mengetahui bahawa aku sekadar mengigau.
Atuk terus berada di bilik itu, meneruskan misi pencarian lampu suluh katanya. Sepatutnya berada di celah celah bantal di atas katil itu.
Pada ketika itu, aku masih mamai. Aku menjadi tidak pasti sama ada aku hanya mengigau dan melebih lebih terasa seperti diraba dan diramas sedangkan tiada apa yang berlaku.
Aku mengadu pada atuk bahawa ada benda merayap atas tubuhku. Atuk mengatakan biliknya kadang kala ada tikus. Mungkin tikus.
Mana tidaknya, aku tidur tanpa mandi setelah berpeluh peluh hingga melekit pada siang hari.
Aku jadi percaya, kerana aku pun pernah lihat tikus melintas melalui atas kayu kepala katil, cuma tidak jatuh ke atas tilam.
Aku bingkas bangun lalu ke bilik air untuk mandi. Aku hanya melupakan hal itu begitu sahaja.
Makin meningkat dewasa. Aku terbaca banyak kes cbul dan rgol oleh keluarga terdekat seperti bapa dan adik beradik lelaki.
Ada kisah adik perempuan yang menjadi pemuas nfsu abangnya ketika ibu bapa keluar bekerja.
Ada pula kisah bapa mergol anaknya berkali kali. Kejinya manusia zaman sekarang. Jijik aku mendengar segala berita dan kisah tersebut.
Entah bagaimana, ketika usiaku 20 tahun, aku teringat akan perlakuan atuk. Adakah aku mangsa s3ksual atuk? Perlukah aku membuat laporan polis?
Tapi, aku belum rosak dan masih dara kerana atuk sekadar meraba badanku. Perlukan aku adukan pada kedua dua ibu bapaku?
Bagaimana perasaan mereka? Bagaimana kalau semua orang tahu? Bagaimana dengan maruah dan masa depanku? Bagaimana masyarakat akan memandangku selepas itu?
Dan, yang paling menyakitkan adalah, atuk telah meninggal ketika usiaku 18 tahun.
Ada beza ke aku luahkan? Atuk sudah terlepas tindakan undang undang di dunia ini kerana beliau sudah dijemput Ilahi.
Faham tak perasaan aku? Bunga kesayangan atuk rupanya hamba s3ksual atuk? Sukar diterima dek akal yang waras. Aku menangis semahu mahunya.
Kenapa sewaktu atuk telah pergi, baru aku sedar akan semua ini? Kenapa aku begitu naif sehingga tidak sedar bahawa aku mangsa s3ksual?
Aku cemerlang dalam akademik tetapi betapa bdohnya aku soal gangguan s3ksual dan kes cbul ini.
Ceteknya mindaku yang sering merasakan bahawa segalanya baik baik sahaja dan betapa aku bahagia disayangi dan dimanjakan sedemikian.
Sedih. Takut. Kecewa. Pelbagai perasaan saling bercampur, sukar untuk diungkapkan.
Aku kuatkan hati. Membongkar perlakuan atuk sekadar mengundang aib diriku dan keluarga. Aku hanya menyimpan kisah hitam ini sendirian.
Sejak itu, hidupku dibayangi kebdohan aku dengan perlakuan atuk. Jiwa aku meronta. Sebenarnya, aku masih trauma walau sudah berkahwin.
Suamiku tidak boleh menyentuh sesuka hati, seringkali aku terkejut dan bertindak balas seolah meronta dan mempertahankan diri (mengelak, menendang, menumbuk, menepis, dll).
Aku hanya menyedari trauma sedemikian setelah berkahwin. Aku tidak pernah berterus terang dengan suamiku hal sebenar.
Suamiku hanya menganggap aku mudah terkejut orangnya dan berusaha untuk tidak menyentuh aku secara tiba tiba.
Kadang kadang, aku sampai menangis dan meminta maaf kepada suamiku andai reaksi atau tindak balasku keterlaluan.
Kiranya, suamiku sudah faham dan sentiasa berwaspada dengan sebarang tindakan refleks aku hingga kini, walau anak dah dua.
Ada ketikanya, aku merasakan dunia aku gelap. Walau diterangi dengan suami, anak anak dan keluarga.
Ada ketikanya, aku menangis sendirian mengenangkan aku sebagai mangsa / hamba s3ksual atukku.
Aku cuba memujuk hati memaafkan atuk agar dia lebih tenang di alam sana.
Begitu banyak kebaikan dan kasih sayang atuk. Namun kepahitan ini jua yang masih bermain di fikiran hingga aku meluahkannya di sini.
Entah kenapa hati kecil ini terdetik menyalahkan mama dan papa kerana tidak pernah mendedahkan aku dengan isu s3ksual ini.
Mama papaku sejenis malu untuk berbicara soal s3ksual bersama anak anak walau sekadar untuk pendidikan.
Segala ilmu aku dapat dari sekolah dan melalui pembacaan.
Namun, mama dan papa telah berusaha menjadi yang terbaik dalam membentuk aku, seorang anak yang pertama kali menjadikan mereka ibu dan bapa.
Pastinya mereka pun belajar melalui pengalaman, hari demi hari membaiki diri agar menjadi yang terbaik untuk anak anak.
Pengajarannya, berilah pendidikan s3ksual sejak kecil.
Aku dah ajar anak aku sifat malu dan bahagian bahagian yang tidak boleh disentuh orang lain seawal usia anak 2 tahun.
Aku asyik ulang berpesan kepada anakku dan asyik bertanya kalau kalau ada yang memperlakukannya sedemikian. Baik bapanya, bapa saudaranya, atay sesiapa sahaja setiap kali berjumpa.
Dan, aku trauma. Tidak berani nak benarkan anak aku tidur dengan atuk dan nenek serta ibu / bapa saudaranya. Baik keluarga kandung mahupun mentua.
Alasanku? Pastinya aku tidak boleh berenggang dengan anak.
Walau anakku tertidur dengan sesiapa sahaja, pasti aku akan dukung untuk tidur bersamaku.
Aku hanya berpisah sementara dengan anak pertamaku semasa berada di hospital melahirkan anak kedua.
Dan ketika itu, hatiku begitu gelisah. Aku minta suami dan adik perempuanku untuk saling pantau keadaan anakku.
Maafkan aku andai belum redha. Kadang kala, luka ini sentiasa bernanah saat mendengar isu ini hangat diperkatakankan.
Aku berperang dengan perasaan sendiri setiap hari.
Aku cukup bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma, hal ini sering datang menjengah sekaligus menyiksa fikiran dan jiwaku.
Doakan aku kuat ya menangkis perasaan ini!
Reaksi Warganet
Donna Karan –
Aku ingat lagi anak aku balik tadika cite takleh sentuh sini sana sambil tunjuk private part.
Parents aku marah cakap cikgu apa ajar macamni. Aku balas betui la tu, orang tua dulu rasa benda tu taboo.
Kita kena terbuka, suka tak suka kena inform anak anak jugak
Nazira Mylisa –
S3xual grooming namanya yang atuk awak buat. Nasib juga dia masih ada Iman senipis kulit Bawang. Kalau tak lagi teruk perlakuannya.
Memang pahit untuk ditelan atau dilupakan. Namun apa yang terjadi, kenaifan awak ketika itu, bukan kesalahan awak.
Jumpalah pakar. insyaAllah ada terapi yang mereka boleh cadangkan untuk awak lupakan kejadian pahit tu.
Amy Hezriq –
Masa saya mula mula kahwin, duduk dengan keluarga mertua.
Memang ramai bertandang rumah tu. Keluarga ipar boleh kata tiap tiap hari datang. Tiap minggu pula lagi penuh rumah.
Ada seorang abang ipar ni, dia tak bagi anak anak dia duduk rumah tu lama lama tiap kali datang.
Contoh kalau datang dari pagi, lepas Asar mesti semua kena balik. Anak anak perempuan dia ramai.
Ramai kecik hati dengan tindakan dia. Lama lama baru saya sedar. Ada sebab dia buat macam tu, untuk mencegah .
AqtiveNaz –
I feel u sis, perasaan keliru itu. Sebab I pun pernah kena situasi yang sama.
Bezanya masa tu I berumur 18-19 macam tu. Masa tu aruwah nenek I baru baru meninggal. Beberapa minggu macam tu lah.
Then ada satu hari tu atuk I minta untuk peluk l sambil menangis. I membenarkan, sebab nampak atuk sedih.
Lagipun I cucu sulung perempuan dan rapat dengan nenek dan atuk.
Masa tulah atuk cium pipi dan I rasa dada I diramas. I terkjut dan rasa confused. Betul ke aku diraba tadi.. tapi I diamkan je..
Beberapa hari lepas tu atuk minta izin lagi untuk peluk, dan I katakan tidak.
Sekarang atuk pun dah meninggal, sampai sekarang l pendam. I pun taktau nak rasa macam mana.
Maafkan atau tidak.. entah laa, tapi sometime I akan teringat dan feelings bad..
Layla Witra –
Assalamualaikum. Untuk lepas dari Trauma itu adalah dengan pertama maafkan dirimu Lillahi Ta’ala.
Kedua maafkan kedua ibubapamu Lillahi Ta’ala.
Ketiga maafkan Aruwah datukmu Lillahi Ta’ala mungkin dia juga tidak tenang di alam barzah atas segala kelakuannya kepadamu.
Maafkan sesiapa sahaja yang berkaitan Lillahi Ta’ala. Fahami sesuatu itu berlaku kerana Biiznillah (Dengan Izin Allah) menunjukkan Allah SWT yang berkuasa makhluk tidak ada kuasa, apa yang berlaku dengan izin Allah.
Sayangku ia ujian untukmu pasti ada Hikmah tersembunyi yang suatu masa nanti kamu akan fahaminya.
Saya doakan semoga Allah Subhanahu wa taala permudahkan segala urusan awak senantiasa dunia hingga akhirat Insya Allah Allahhumma Aamiin
BACA: Pembalakan bukan punca sebenar, rupanya ini aktiviti haram rakyat Kelantan buat sungai jadi keruh!