Aku Aimee, sudah bergelar isteri dan ibu. Mempunyai rumahtangga yang bahagia. Alhamdulillah.Tujuan aku menulis hanya untuk berkongsi. Bukanlah untuk membuka aib sesiapa.
Jika boleh, ambil pengajaran.. walaupun bagi orang lain, tidaklah besar mana masalahku ini tapi bagi aku yang mengalaminya… hmm.
Makin lama makin menjadi-jadi. Tak adalah ayat gatal nak menggoda ke apa. Tapi setiap kali dia tag nama suami tu, aku pelik juga.
Kenapa tak mahu tag nama si tunang?. Jadi selama sebulan tu, aku tengok makin kerap pula si perempuan buat macam tu. Lepas tag nama, adalah ‘haha’ ‘hihi’ kat belakang tu. Jadi menyampah pulak aku ni.
Ok lah, sedikit intro.. aku sudah kenal dan berkahwin hampir 11 tahun. Sejak dari zaman aku bercinta, bertunang dan berada dalam alam perkahwinan, tiada isu besar. Untuk pengetahuan semua, aku bertuah mendapat suami yang baik, rajin bekerja dan menolong isteri di rumah.
Walaupun aku mempunyai pendapatan sendiri tetapi hidup aku dan anak 100% di tanggung oleh suami. Dari segala bil, belanja dapur itu ini.
Kalau mahu ke tempat shopping, aku diberikan kad kreditnya untuk aku shopping. Rumah, kereta dan semua menggunakan loan atas nama suami. Makan minum terjaga. Segala password fb, account bank dll… Semuanya tiada rahsia antara kami.
Dalam hubungan kami sejak mula-mula kenal, aku sentiasa di kejar oleh suami. Memang dimanjakan. Malah setelah mempunyai anak, pun masih sama. Suami memang jenis rajin tulang. Memang rare suamiku, aku betul2 bertuah. Dan aku jadi selesa sehinggalah terjadinya suatu peristiwa pada tahun lepas.
Suamiku jenis yang ‘boleh diharap’. Makna kata, suka menolong kawan2. Aku yang isteri ni apatah la lagi kan. Sebab tu dia pergi ke mana-mana, orang jumpa dan kenal sekali….jumpa kali kedua memang akan ingat balik suamiku. Perangainya bagus dan ramah.
Rutin suamiku ni pejabat, rumah dan sekali sekala keluar minum dengan kawan tapi itu pun tak lama. Sejam dua. Itu pun 2 bulan sekali macam tu. Tidak apa nak di risaukan. Kawan suamiku, aku pastikan menjadi kawanku juga samada di alam nyata atau dunia media sos1al. Tiada rahsia ya.
Cuma ada suatu masa, aku alert ada seorang kawan perempuan yang selalu suka tag dan share post suamiku di fb. Perempuan itu merangkap officemate dia. Mula-mula aku biarkan saja. Tapi asyik melintas je kat wall aku.
Yalah, kawan suami tu, kawan aku juga.
Kalau kat rumah pun, aku guna acc fb suami pun dah biasa.
Tapi bukan berkaitan hal kerja pun. Aku mula-mula tak kisah sebab perempuan itu pun dah bertunang. Tahun ni akan langsungkan perkahwinan katanya.
Makin lama makin menjadi-jadi. Tak adalah ayat gatal nak menggoda ke apa. Tapi setiap kali dia tag nama suami tu, aku pelik juga. Kenapa tak mahu tag nama si tunang?tag pun benda yang biasa sahaja. Suami aku pun just ‘like’ je.
Sekali sekala ada juga reply komen kat bawah tu. Aku ni kalau di fikirkan tak mahu buruk sangka. Perangai suami pun macam biasa. Tak ada apa yang mencurigakan pun.
Jadi selama sebulan tu, aku tengok makin kerap pula si perempuan buat macam tu. Lepas tag nama, adalah ‘haha’ ‘hihi’ kat belakang tu. Jadi menyampah pulak aku ni. Kemuncaknya, dia buat post and tag nama suami aku kat post tu.
Faham kan.. macam nama dia si H with nama suami aku atas post tu. Amboi2. Geram betul. Post tu macam biasa je. Post tentang umum je. Tak ada unsur kegatalan pun tapi adalah haha, hihi .Tapi yang nyata bukan post bab kerja.
Aku ni boleh kira dengan jari berapa kali pernah marah suami sepanjang kami kenal. Susah nak marah and mulut sentiasa senyum. Tapi hari itu, bila suami balik kerja ..aku senyap. Nak tengok muka pun malas. 2 malam kami tidur bilik asing. Aku sedih sangat.
Nak jaga anak malam, meleleh air mata. Inilah aku, si isteri yang sangat sensitif tak boleh tengok nama suami di tag berdua je. Ibarat kita tengok suami kita duduk berduaan di bangku taman.
Aku pula tengok nama suami ku berduaan dalam satu post yang di tag oleh kawan perempuannya. Media sos1al kan. Tempat untuk bersos1al. cakaplah aku tak sporting. Aku ni, walaupun kerja di bandar tapi masih bukan jiwa moden urban.
Isunya, aku tak ada instinct yang suami aku curang pun. Tapi hati aku kuat merasakan suami aku selalu di ambil kesempatan. Mentang-mentang suamiku rajin, aku suspect dia memang selalu tolong kawan-kawan pejabat. Bab belanja makan tu, aku memang dah tahu lama dah.
Kalau ada kawan nak ajak minum, dia memang suka belanja. Itulah agaknya perempuan tu suka sangat tag kalau ada kedai makan yang best contohnya. Ada sesetengah orang fikir benda ni simple tapi perbuatan simple korang tu efek juga kat rumah tangga orang lain.
Hari ke tiga aku silent war dengan suami, jatuh pada hujung minggu. Lepas aku masak, anak kenyang buat hal sendiri…aku pun mandi wangi hilangkan bau asap and bawang tu. Suami ada di ruang tamu berehat layan anak. Aku curi2 spray perfume sikit.
Tak semerbak tapi bila dekat, wangi. sebelum keluar bilik, aku baca surah qursi dan ayat-ayat pendek yang aku ingat. Berdebar tak usah cakaplah. Ini first time dalam hidup aku nak attack suami aku.
Slowly aku duduk berdepan suami. Masing-masing senyap. Dah 5 minit senyap, aku pun keluarkanlah soalan keramat. Hubungan dia dengan perempuan tu. Habis je tanya, terus aku menangis. Sebelum tu, sempat juga aku baling kat dia bantal kecik aku yang kebetulan ada kat sebelah sofa.sipi2 je tapi tak kena kat kepala suami. Alhamdulillah.
Kalau tak, tak pasal-pasal aku kena mintak maaf pulak lepas tu. Nak buat macam mana, perempuan bila dah emosi…tangan lagi laju. Masa sekarang, bila renung balik…barulah aku faham kenapa ada yang sanggup lempar periuk belanga kalau bergaduh.
Dulu time aku dengar macam tu, aku boleh pulak cakap, jangan guna kekerasan.
Ewah, bab nasihat kat orang kan. Anyway, suami aku terkejut juga tengok aku menangis macam orang mati laki gayanya. Mesti dia ingat aku sayang gila2 kat dia masa tu, hampeh betul. Selama ni, dia ingat dia sayang aku lebih dari aku sayangkan dia
Rancangan aku nak attack suami, tak berjayalah sebab nangis je lebih. Suami aku bukan jenis pandai bercakap manis sebab jenis dia, banyak buat dari bercakap.
So, dia p3luk dan pujuk aku dulu sambil hidu keharuman perfume Marc Jacobs yang aku sembur siap-siap untuk saat macam ni. Hah! Lepas dia beria-ia cakap tak ada apa-apa dengan perempuan tu, aku pun berdiri.
Ada mainan anak di hujung kaki, aku sepak. Aku rasa g4nas sangat macam tu. Serius suami aku pun terkejut. Anak aku pandai pula menghilang kat mana entah.
Sepanjang 3 hari tak bercakap dengan suami, memang menyeksa jiwa dan mental aku. Jadi aku tanya, kalau aku selalu tag nama lelaki lain dalam fb, macam mana perasaan dia? Macam mana dia rasa, macam tu la aku rasa
Ok, dia mengaku dia memang salah biarkan saja benda tu dan janji lepas ni tak ada tag dari perempuan tu. Hatta like and reply komen, bagi aku dah masuk macam melayan. Dua2 pun salah.
Perempuan semua, tak kisahlah anda anak dara, janda, tunang or isteri orang…tolonglah jaga batas dengan suami orang. Tolong lah aku merayu. Aku ni bertahun-tahun dengan suami bahagia sangat tapi aku masih
seorang perempuan biasa. Adalah perasaan cemburu. Bagi kes aku, kalau perempuan tu ofismate…post bab yg ada hal kerja di fb, aku faham dan tak kisah.
Kalau kawan perempuan yang sekelas, post bab memory zaman belajar, ya teruskan. Tapi kalau setakat suka-suka nak bermesra dengan suami orang dalam media sos1al, minta maaf lah aku tak akan biarkan melarat.
Sebelum kita buat kat orang, fikir dulu jika kita terkena macam tu.
Aku tahu sifat isteri macam aku ni kadangkala dijadikan bahan gosip oleh rakan sekerja si suami. Tengoklah, isteri cemburu. Sebab apa, aku dah tengok contoh yang ada di pejabat aku sendiri.
Si anak dara bergurau senda dengan suami orang, bila isteri mengamuk…mengumpat dibelakang pula sesama rakan sekerja perempuan. Memanglah tak ada apa hubungan romantik tapi syaitan ni, kalau ada je ruang kecik…
yang kecik tu akan jadi besar. Dari mesra..timbul rasa sayang. No way, no way. Di pejabat suami aku tu, tak tahulah pula kan kot aku dijadikan bahan gosip. Elok si isteri lepaskan suami bekerja, kan dah ada isu curiga. Timbul trust issue. Ini sangat-sangat tidak best.
Aku pun tengok ada beberapa confession di sini bab berkawan dengan suami orang. Ya Allah, bab terlebih mesra di fb pun aku dah kecil hati.. tapi fikir2 lah gadis yang berkawan mesra dengan suami orang.
Yang suami pun, kalau betul sayang..pandang hanya isteri mu seorang. Aku memang jarang sangat bergaduh. Rumah ni jadi tempat yang sangat seronok. Setiap hari tak sabar nak balik jumpa suami dan anak.
Bila jadinya pergaduhan, mood satu rumah terkesan. Pergi pejabat pun tak ada semangat, duduk di rumah pun tak tenang.
Aku pun tak berdendam sebab bukan kes curang pun bagiku. Cuma terkilan bila batas pergaulan terlebih. Ada orang akan cakap, apalah sangat kan. Sebab aku bahagia bukan dengan tadah tapak tangan je.
Aku berusaha untuk hapuskan benih-benih yang bakal rosakkan rumahtangga. Bukanlah aku tunggu sampai diorang dah bersayang bagai kat whatsapp, baru aku bertindak. Oh no.. bila kita berkahwin, fokus kita banyak pada alam rumahtangga.
Yang sepatutnya kita jaga, jaga dengan sepenuh hati. Cuma aku nak tekankan… Sekecil-kecil perbuatan yang kita buat, pasti akan terkesan pada orang lain. Jangan sebab kita, sebuah rumahtangga yang bahagia boleh jadi kucar kacir. Terima kasih