Aktiviti menjala durian sewaktu hujan di Raub

Aktiviti menjala durian sewaktu hujan di Raub

Aktiviti menjala durian sewaktu hujan di Raub. Kesempatan ketika hujan lebat beberapa hari lalu, penduduk dari sebuah kampung yang difahamkan di Raub, Pahang mendapat durian hanyut dari sebatang sungai.

Satu klip video yang tular di laman sosial ketika ini menyaksikan sekumpulan pemuda mengaut buah durian yang dipercayai hanyut dibawa oleh air deras sebatang sungai.

Video berdurasi dua minit itu memperlihatkan kumpulan penduduk kampung itu hanya perlu tunggu di atas sebuah jambatan sambil menunggu buah durian yang hanyut berkemungkinan dari kebun berdekatan mereka.

Aktiviti durian

“Boleh makan free, harga tengah yahudi sekarang ni,” jelas seorang pemuda dalam video klip tersebut.

Rata-rata orang ramai menyifatkan itu rezeki kepada mereka kerana jika tidak diambil, buah tersebut akan hanyut dan rosak.

“Bagus la mereka ambil, kalau tidak rosak sahaja buah yang harga tengah mahal sekarang ni, jangan ada yang jadi ustaz online pula dalam ni,” jelas @WanAzuan.

Sementara itu, @Faizul_Jo pula berkata, penduduk tersebut tidak perlu pergi ke kedai untuk mendapatkan raja buah itu, hanya tunggu di sungai sahaja.

“Mungkin durian ni datang dari kebun haram hari tu. Ok la tidak perlu ke kedai hanya kaut dengan jaring je,” katanya.

Berita penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/07/15/durian-hanyut-bukan-durian-runtuh/

Jika Terlepas: 80 peratus warga KL sudah lengkap 2 dos vaksin – Menteri