Akta lompat parti mampu direalisasi

Akta lompat parti mampu direalisasi.Akta lompat parti boleh diwujudkan meskipun terdapat tuduhan bahawa akta tersebut bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, ia boleh diwujudkan dengan meletakkan satu undang-undang baharu di mana setiap ahli Parlimen mesti setia dengan parti yang diwakili mereka.

“Dengan mewujudkan undang-undang tersebut maksudnya perkara 10 sudah tidak terpakai.

“Maksudnya bila kita cakap hak kebebasan manusia ini ia mestilah terpakai kepada kedua-dua pihak iaitu ahli Parlimen dan parti yang memberikan kebenaran untuk digunakan lambang dan aset parti.

Akta

“Aset parti itu merujuk kepada semua jentera, tenaga usaha dan masa serta duit, semua digunakan untuk seseorang bertanding atas logo parti dan dipilih,” katanya pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau berharap agar akta tersebut dapat segera diwujudkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, ia bagi mengelakkan mana-mana parti yang mendapat majoriti mudah untuk kekal berkuasa sehingga penggal tamat dan menjamin kestabilan politik tanah air.

“Kalau dapat kuat kuasa akta ini, walau ada parti yang memiliki satu majoriti kita akan lihat negara stabil.

“Ini kerana ahli Parlimen perlu meletakkan jawatan sekiranya tidak mahu mewakili parti mereka,” katanya.

Berita Penuh : https://premium.sinarharian.com.my/article/153130/fokus/semasa/boleh-diwujudkan-walaupun-bercanggah-perlembagaan-persekutuan

BACA: Penjawat awam mengamuk rosakkan harta awam