Akta lompat parti bukan penyelesaian, kata Najib

Akta lompat parti bukan penyelesaian, kata Najib

Pemilihan semula wakil rakyat adalah lebih baik berbanding undang-undang anti lompat jika Ahli Parlimen mahu bertukar kepada parti lain, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri berkata, seperti diamalkan oleh beberapa negara Komanwel lain di mana ahli parti yang mahu tukar parti atau dipecat parti mereka akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan pilihan raya kecil akan dilaksanakan bagi kawasan Parlimen berkenaan.

“Walaupun parti yang paling banyak menerima lompatan katak politik mahu akta anti lompat parti dilaksanakan segera (mungkin bimbang katak akan lompat lagi kot), mengharamkan Ahli Parlimen dari lompat ke parti lain setelah menang dalam PRU bukan cara penyelesaiannya,” katanya di Facebook.

Akta lompat parti bukan penyelesaian, kata Najib

Najib Razak dan Azalina Othman Said berkata pemilihan semula akan memberikan pengundi peluang kedua untuk memilih wakil mereka.

Beliau berkata, lebih parah lagi sekiranya ada Ahli Parlimen yang sudah lebih gemar dengan parti lain tetapi terpaksa berada dalam parti sendiri sebab mereka tidak dibenarkan untuk melompat bawah undang-undang.

“Lagi banyak masalah yang akan dicetuskan pada parti asal mereka,” katanya.

Semalam, bekas timbalan speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said berkata antara cara mencegah tindakan lompat parti adalah dengan memperkenalkan “pilihan raya untuk memecat wakil rakyat”.

Dalam perkongsian berbentuk FAQ berkenaan Akta Mencegah Lompat Parti, Azalina berkata, “pilihan raya untuk memecat wakil rakyat” membolehkan rakyat menarik balik mandat diberikan kepada wakil rakyat, jika mereka melompat parti.

Beliau menjelaskan, selepas itu pilihan raya kecil akan diadakan di kawasan terjejas demi rakyat memilih wakil baharu.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/08/30/pemilihan-semula-lebih-baik-berbanding-undang-undang-anti-lompat-kata-najib/

BACA JUGA : 1000 hadiri kelas silat online pertama di Malaysia