Aksi ghairah Jasmine Suraya dalam Villa Kristal jadi bualan ramai

Aksi ghairah Jasmine Suraya dalam Villa Kristal jadi bualan ramai.Pelakon, Jasmine Suraya mengakui ‘takut’ saat pertama kali menonton babak ranjang dalam episod pertama drama bersiri Villa Kristal yang bakal ditayangkan di platform digital WeTV.

Jasmine ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama itu berkata, dia memberikan komitmen penuh bagi menjayakan watak sebagai Angel.

“Bila saya tengok rasa macam, takutnya. Saya pun macam tak percaya saya lakonkan babak ‘panas’ itu.

“Babak itu mungkin agak ‘cringe’ bagi sesetengah penonton wanita, tapi saya memang berikan komitmen penuh dalam lakonan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Jasmine, babak itu juga dijayakan dengan bantuan trik kamera.

“Sebenarnya, tak ada pun sentuhan yang melampau antara saya dengan pelakon lelaki iaitu Alvin Wong sebagai Robin. Pengarah menggunakan trik kamera yang mencari sudut sesuai dengan babak.

“Apabila disunting untuk tayangan, penonton nampak seperti ia adalah babak memaparkan keintiman Angle dan Robin,” katanya.

Aksi ghairah Jasmine Suraya dalam Villa Kristal jadi bualan ramai

Selain Jasmine, drama itu juga turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Mimi Lana, Mawar Rashid, Tiz Zaqyah dan ramai lagi.

Villa Kristal mengisahkan mengenai sekumpulan wanita elit yang memiliki rahsia masing-masing dan menjalani kehidupan penuh misteri serta skandal.

Drama Villa Kristal diarahkan dua pengarah iaitu Kabir Bhatia dan Jason Chong.

Kredit video –WeTV Malaysia

BACA JUGA:Misteri pemuda melayu jadi manusia pertama dalam sejarah keliling dunia kini terbongkar
Penduduk gempar dengan kehadiran makhluk misteri 15 meter terdampar di pantai
Pencuri tabung masjid kena cekup, penyudahnya dimandikan seperti jenazah oleh Tok Imam

Artikel ini disiarkan pada 12/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)