Agak lama tidak kelihatan kelibat bekas peserta program Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Asiahtunakma Abdullah dan Leman Raja Lawak 5 dalam industri hiburan tanah air di kaca tv.
Akma sebelum ini rancak juga mendapat tempias publisiti menerusi pelbagai program namun tidak lagi sejak kebelakangan ini oleh kerana sibuk menguruskan rumahtangga.
Netizen berpendapat mereka umpama sudah menjadi artis ‘sejuk beku’.
Apabila sudah mendapat gelaran sebagai ibu maka ramailah yang hadir dengan anggapan bahawa Akma sudah tidak lagi berminat untuk meneruskan karier dalam bidang seni .Nama Akma kembali bersinar selepas ia kembali aktif.
Kali ini Akma muncul kembali menyerikan dunia senia tanah air dan kembali menyinar dengan lagu untuk drama ‘Pujaan hati kanda’.
Bulan ini, Akma muncul kembali bersama rakan artis kelahiran Astro iaitu sdr Leman Raja Lawak 5 di Karnival sendayanku, Bandar baru sendayan Negeri Sembilan pada 7 april 2019.
Leman Raja lawak 5 atau nama sebenarnya Sulaiman Ibrahim menyepi dari dunia seni hampir 10 tahun oleh kerana menceburi karier politik.
Baru2 ini beliau muncul di kaca tv1 drama ulangan 13 episod berjudul ‘lembu lawan lembu’ bersama allahyarham pakyus raja lawak 1 dan sekarang masih lagi diulang siar pada jam 1.30 pagi setiap hari isnin hingga khamis.
Leman turut menyerikan dunia seni pada tahun ini tetapi beliau kembali bukan sebagai pelakon atau pelawak tetapi sebagai Produser drama dan filem. Beliau juga baru menghabiskan pengambaran telemovie yg pertamanya bertajuk ‘wo ai ni susan’ yg membawa kisah masyarakat dan perpaduan kaum.
Temui mereka di Karnival sendayanku, bandar baru sendayan , Negeri Sembilan pada 7 april 2019 ini.