Akibat selalu main telefon dalam tandas sambil buang hajat, pemuda ini disahkan lumpuh

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Baik lelaki atau perempuan, segelintir daripada kita mungkin mempunyai tabiat suka ‘bertapa’ lama ketika membuang air besar.

Ditambah pula dengan membawa telefon, terkadang sampai tak sedar sudah puluhan minit dihabiskan dalam ruangan tandas.

Pun begitu, kisah di bawah ini pastinya bakal menjadi peringatan untuk kita semua.

Akibat selalu main telefon dalam tandas sambil buang hajat, pemuda ini disahkan lumpuh

Lumpuh selepas duduk terlalu lama di tandas

Seorang pemuda berusia 24 tahun dilaporkan mengalami lumpuh lantaran tindakan duduk bermain telefon terlalu lama dalam tandas.

Hampir 30 minit berlalu, keluarganya pelik mengapa dia masih belum keluar dari situ.

Setelah diperiksa, pemuda ini didapati sudah terbaring atas lantai tandas dalam keadaan tak sedarkan diri.

Ruangan tandas juga agak sempit menyebabkan kekurangan aliran oksigen

Bergegas dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan lanjut, namun semuanya sudah terlambat.

Akibat berada dalam posisi sama terlalu lama, maka sirkulasi (peredaran) dalam badannya menjadi terhad.

Apabila tiba-tiba berdiri, risiko dia mengalami kekurangan oksigen dalam otak semakin tinggi.

Perlu fokus ketika buang air besar…Usah ambil masa terlalu lama

Tidak pernah mempunyai sebarang rekod masalah kesihatan, kini nasib pemuda itu berubah sekelip mata.

Jelas doktor pakar sendiri, seseorang yang tidak fokus ketika membuang air besar cenderung mengalami sembelit atau buasir ekoran rektum perlu ‘bekerja’ lebih keras.

Justeru sebaik-baiknya, anda dinasihati untuk tidak melakukan aktiviti lain ketika membuang hajat. Memadai ambil masa sekitar 10-15 minit sahaja.

BACA: “Selama ni suami aku selalu buat ‘OT’ dengan budak intern di opis, dia ingat aku tak tahu, tapi apa yang aku balas bakal buat dia terduduk”