Akibat ketagih video lucah, ayah & abang tiri cabul budak 13 tahun hingga hamil

Akibat ketagih video lucah, ayah & abang tiri cabul budak 13 tahun hingga hamil.

Seorang gadis berusia 13 tahun di Kabupaten Way Kanan, Lampung, Indonesia dilaporkan hamil 4 bulan selepas dicabul oleh bapa dan abang tirinya sendiri.

Kedua-dua suspek yang berjaya ditangkap oleh pihak polis itu mengakui bahawa mereka tergamak melakukan perkara keji tersebut gara-gara terinspirasi daripada video lucah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Way Kana, Iptu Des Herison Syafutra berkata, kedua-dua suspek yang berusia 51 dan 21 tahun itu telah ditahan dibawah akta kes penderaan seksual.

Akibat ketagih video lucah, ayah & abang tiri cabul budak 13 tahun hingga hamil

“Kedua-dua mereka melakukan tindakan tersebut kerana ketagih dengan video lucah dan telah melakukannya secara berulang kali dari Julai sehingga November 2021. Ianya telah mengakibatkan mangsa hampil empat bulan,” kata Des Herison.

Menurutnya lagi, kes itu mula terbongkar selepas ibu mangsa melaporkan perkara tersebut pada Julai dan Ogos 2021 sekitar jam 10 malam waktu tempatan.

Ketika kejadian, bapa tirinya itu telah meminta mangsa untuk mengurutnya. Semasa berada di dalam bilik, kaki suspek diurut dalam keadaan terlentang.

Suspek kemudiannya bertindak menarik tangan mangsa dan mencabuli anak tirinya itu.

Tindakan itu juga turut diikuti oleh anaknya yang juga merupakan abang tiri kepada mangsa.

“Kerana perbuatan tersebut, mangsa telah melaporkan kepada ibunya. Selepas dari itu, ibu mangsa terus melaporkannya kepada pihak polis,” kata Des Herison.

Mangsa yang masih di bawah umur dilaporkan mengalami trauma yang teruk dan kini sedang menjalani terapi pemulihan psikologi.

Atas tindakan tersebut, kedua-dua suspek bakal didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak. Jika disabitkan bersalah, suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum selama 20 tahun.

BACA JUGA : Cemas !!! Kisah lelaki berpaut 2 jam pada roda pesawat
Panas !!! ADUN Selangor bakal lompat Warisan Semenanjung 17 Disember

Artikel ini disiarkan pada 30/11/2021

COMMENTS

Wordpress (0)