Akibat guna faceapp, pakcik umur 50 tahun ini bertukar jadi awek cun.. Ada yang jatuh hati

Akibat guna faceapp, pakcik umur 50 tahun ini bertukar jadi awek cun.. Ada yang jatuh hati.Wajah yang menawan sudah tentu banyak menarik tumpuan setiap mata yang memandang. Indahnya ciptaan Tuhan bukan?

Namun kita juga perlu hati-hati sebenarnya, risau ditipu pula seperti apa yang berlaku baru-baru ini Jepun.

Seorang penunggang motosikal wanita telah tular dan menjadi sensasi internet apabila dia sebenarnya seorang lelaki berusia 50 tahun.

Wajah lelaki yang berpangkat pak cik itu kelihatan seperti wanita cantik ekoran daripada kesan suntingan daripada aplikasi FaceApp.

Lelaki tersebut yang menggunakan nama akaun @azusagakuyuki di Twitter setakat ini telah pun menerima lebih 17,000 pengikut!

Dia kerap dilihat menunggang dan bergaya di hadapan pelbgagai jenis motosikal. Tembelang lelaki tersebut akhirnya pecah apabila netizen berjaya melihat pantulan imej sebenarnya di cermin.

Mengejutkan apabila dia sebenarnya tidak kelihatan seperti wanita cantik berusia 20-an langsung, sebaliknya kelihatan seperti pak cik-pak cik sahaja!

Oleh kerana ramai yang berasa ingin tahu, penerbit sebuah rancangan realiti di Jepun mengesan Azusa dan berjaya menemukannya secara peribadi.

Akibat guna faceapp, pakcik umur 50 tahun ini bertukar jadi awek cun.. Ada yang jatuh hati

Sebaik sahaja helmetnya dibuka, jelas kelihatan susuk tubuh seorang lelaki berusia 50-an! Apabila ditanya bagaimana fotonya kelihatan seperti gadis, jelas Azusa, FaceApp adalah jawapannya.

Dedahnya, dia berbuat demikian kerana mahu berkongsi minat terhadap motosikal namun dia sedar tiada siapa yang berminat untuk mengetahui kisah seorang lelaki berusia.

Jadi atas sebab itulah, dia memutuskan untuk mentransformasikan dirinya menjadi seorang gadis cantik menggunakan aplikasi agar dapat menarik minat netizen.

Macam-macamlah..

BACA JUGA : Teknik simpan ikan agar kekal segar macam baru beli kat pasar
Filem Tun Perak bakal tampilkan Shah Rukh Khan
Wanita terkejut kena caj hampir RM6,000 sebab parking kereta satu jam

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)