Akibat gali air bawah tanah, paras laut lagi tinggi dari bandar Jakarta, Kelantan bakal terima nasib yang sama?

Bayangkan daripada 11 juta penduduk di Jakarta, hanya 900,000 kediaman, pejabat dan kilang mempunyai akses kepada air

yang dibekalkan oleh majlis perbandaran berdasarkan data daripada syarikat pengedaran air paip, PAM Jaya di bandar ini.

Selebihnya, mereka terpaksa bergantung kepada air bawah tanah kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Akibat gali air bawah tanah, paras laut lagi tinggi dari bandar Jakarta, Kelantan bakal terima nasib yang sama?

Agensi Statistik Indonesia merekodkan Jakarta mempunyai 2.4 juta rumah di atas tanah, lebih 200,000 unit pangsapuri, 130 pusat beli-belah serta beribu-ribu bangunan pejabat pada 2020.

Secara purata, seisi rumah Jakarta dianggarkan membelanjakan antara 200,000 hingga 500,000 rupiah (RM58-RM147) sebulan bagi membeli air paip.

Ironinya, Jakarta sebenarnya dikelilingi oleh 13 sungai di kawasan bandar yang mengalirkan air ke Laut Jawa di pantai utara Jakarta.

Bandar ini juga menempatkan 117 kolam takungan dan tadahan banjir.

Bagaimanapun, sungai-sungai tersebut sangat tercemar oleh sisa industri dan domestik yang menyebabkan air tidak lagi selamat digunakan.

GALI PERIGI

Selepas bertahun-tahun berdepan masalah kualiti air yang teruk dan gangguan bekalan paip air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa tempatan, Sigit Hariyanto nekad menyelesaikan masalah tersebut sendiri.

Lelaki itu mula mengepam air dari perigi bawah tanah di rumahnya.

Katanya, ada kalanya air itu berwarna putih susu dan berbau klorin.

“Pada masa lain, kadang-kadang berwarna coklat keruh dan dipenuhi lumpur,” katanya kepada Channel News Asia.

Menurut Sigit, masalah air kali terakhir berlaku pada 2019 apabila paip yang digunakan untuk mengagihkan air ke kawasan kejiranan pecah.

Ini menyebabkan kawasan yang mempunyai kira-kira 200 kediaman terputus bekalan air bersih selama 10 jam.

Sigit yang merupakan Pengurus Pemasaran berusia 42 tahun berkata, pekerja terpaksa menggali perigi sedalam 40 meter sebelum mendapat bekalan air bersih bagi kegunaan harian.

TANAH MENDAP

Bagaimanapun, masalah lain pula timbul disebabkan air bawah tanah berlebihan menyebabkan punca pemendapan tanah.

Di Jakarta, air bawah tanah yang dikorek menyebabkan bandar itu tenggelam sehingga 26 sentimeter (cm) setahun, sehingga menjadikan ibu negara Indonesia antara bandar besar akan tenggelam paling cepat di dunia.

Hari ini, lebih 90 peratus kawasan pantai Jakarta terletak di bawah paras laut sekali gus menjadikan bandar itu terdedah kepada banjir.

Sungai juga tidak boleh mengalirkan air ke laut tanpa bantuan stesen pam besar yang memburukkan lagi banjir di Jakarta sehingga menjejaskan ribuan penduduk setiap tahun.

Walaupun Majlis Perbandaran sudah mengenal pasti penyelesaian kejuruteraan bagi menangani masalah itu, namun usaha itu dilihat sukar disebabkan tabiat penduduk yang sukar diubah.

Pengarah Institut Amrta bagi Literasi Air, Nila Ardhianie berkata, penduduk sudah menggali telaga dan mengeluarkan air bawah tanah sejak beberapa generasi di Indonesia.

“Sukar hendak mengubah tingkah laku ini dan untuk memahamkan mereka akibat daripada tindakan itu akan menyebabkan pemendapan tanah berlaku secara beransur-ansur,” katanya

BACA: Artis veteran meninggal dunia ketika solat tahajud, ini kisah Tony Kassim