Akhirnya wanita ini kantoi curi barang kemas, rupanya sudah 2 tahun buat kerja dengan hasil curian cecah RM 2 juta

Akhirnya wanita ini kantoi curi barang kemas, rupanya sudah 2 tahun buat kerja dengan hasil curian cecah RM 2 juta

Sepandai Tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’, pepatah ni sangat sesuai untuk serang wanita yang akhirnya tertangkap selepas 2 tahun mencuri barang kemas dari tempat kerjanya.

Tektik licik wanita berusia 42 tahun ini terbongkar dan pihak polis berjaya menahan suspek di rumahnya di Sungai Way.

Majikannya membongkarkan taktik wanita itu yang mengikat seutas rantai emas pada pahanya ketika pemeriksaan yang dilakukan ke atas dirinya.

Kita telah menerima laporan daripada pemilik kedai emas yang mendakwa mengalami kerugian RM2 juta akibat kes kecurian. – Kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal.

Pihak polis turut merampas sejumlah barang kemas yang banyak di rumah wanita terbabit yang dianggarkan berjumlah RM138,000.

Hasil siasatan pihak polis juga berjaya mengesan 3 lagi suspek yang menjadi saksi pendakwaan.

Berita penuh : https://ohmedia.my/ohtidak/wanita-akhirnya-tertangkap-curi-barang-kemas-selama-2-tahun-berjumlah-rm2-juta/