Akhirnya terjawab persoalan macam ini lori sampah kosongkan muatan, puas hati bila tahu caranya

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Pada waktu pagi, sering kali kita dapat melihat lori sampah bergerak di kawasan perumahan ketika kita hendak memulakan hari kita.

Kebanyakan perkhidmatan kutipan sampah bermula seawal jam 5.00 pagi, dengan lori-lori sampah melalui jalan dan lorong-lorong taman untuk mengumpul sampah domestik.

Kita biasanya dapat menyaksikan bagaimana sampah dimuatkan ke dalam lori sampah, sama ada secara automatik atau manual.

Akhirnya terjawab persoalan macam ini lori sampah kosongkan muatan, puas hati bila tahu caranya

Jika secara automatik, tong sampah yang besar akan diangkat ke bahagian belakang lori dan keseluruhan isi sampah akan dituang ke dalam muatan.

Namun, situasinya berbeza bagi penduduk yang tinggal di kawasan perumahan yang memiliki tempat pembuangan sampah tersendiri di hadapan rumah. Pekerja kebersihan ini akan memasukkan beg sampah secara manual ke bahagian belakang lori.

@mohd_redzuan88 Membalas kepada @Iskandar 🙉👿😈💸 ok bang permintaan ditunaikan #a #abglorisampah #kamisempoi #foryoupage #fypシ゚viral #fypシ #fyp #pemungutsampah #dumpster #dumpsterdiving #tiktokersrevolusi🕵️‍♂️🕵️‍♀️ #mulung #capcut ♬ bunyi asal – Mohd Redzuan

Namun begitu, pernahkah kita terfikir bagaimana proses lori sampah mengosongkan muatan di tempat pelupusan sampah?

Adakah prosesnya sama seperti lori yang digunakan dalam pembinaan, di mana ruangan belakang diangkat dan isi muatan dituang ke bawah?

Atau mungkin sampah itu dikeluarkan secara manual, seperti memunggah barang dari lori muatan barang?

Seorang pengguna TikTok yang berkerja dalam bidang ini, Mohd Redzuan (@mohd_redzuan88), telah berkongsi jawapan kepada pertanyaan ini.

Redzuan memperlihatkan bahagian-bahagian penting untuk mengeluarkan muatan sampah dari belakang lori sampah.

Antara bahagian antara depan dan muatan lori sampah, terdapat sistem hidraulik yang digunakan untuk mengawal pergerakan bahagian belakang lori.

Sistem itu menggunakan beberapa suis hidraulik untuk mengawal pergerakan bahagian yang memuatkan sampah.

Menurut Redzuan, suis pertama digunakan untuk menaikkan pintu belakang, iaitu bahagian di belakang muatan untuk memastikan sampah tidak tumpah.

Seterusnya, pekerja akan menggunakan suis hidraulik yang lain untuk mengerakkan bahagian mekanikal pada pintu belakang, memastikan tidak ada sampah yang tersangkut.

Apabila semua sampah telah dikeluarkan dari muatan, pemandu lori akan memandu lori ke depan sedikit untuk memudahkan membersihkan sisa sampah di muatan.

Selepas itu, pintu belakang akan diturunkan dan lori akan dibawa ke depoh untuk dibersihkan.

Dengan itu, kita kini tahu bahawa setiap hari lori sampah akan dibersihkan selepas tugasan selesai dan akan digunakan semula pada keesokan harinya.

BACA: “Patutlah bukan main rapat hubungan suami dengan adik perempuan aku, rupanya ini projek dorang belakang aku masa malam raya!”