Akhirnya para YB bakal kembali beraksi di Parlimen hari ini

Sidang khas

Akhirnya para YB bakal kembali beraksi di Parlimen hari ini.  Sidang Dewan Rakyat yang terhenti seketika sejak 12 Januari lalu ekoran perisy­tiharan darurat di seluruh negara bakal kembali bergema dengan perbahasan menerusi sidang khas yang bermula hari ini.

Sidang khas selama lima hari itu akan menyaksikan kehadiran lebih 200 Ahli Parlimen dengan fokus utama adalah mende­ngar dan membahaskan beberapa perkara berkaitan Proklamasi Darurat dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) selain isu pandemik Covid-19.

Sidang khas ini dilihat berbeza dengan mesyuarat penggal yang biasa apabila diadakan tanpa istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong, perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) serta sesi soal jawab lisan oleh menteri-menteri terlibat.

Dijangkakan, persidangan yang bermula pukul 10 pagi hari ini didahului sesi pe­nerangan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin diikuti empat menteri yang terbabit dalam pengurusan Covid-19.

YB

Berdasarkan aturan mesyua­rat yang sudah diedarkan, sesi penerangan akan diteruskan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang akan membentangkan tindakan-tindakan negara dalam menangani pandemik Covid-19.

Selesai penerangan oleh Dr. Adham, Khairy Jamaludddin Abu Bakar selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pula akan mengambil giliran untuk menjelaskan perkembangan mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kemudian akan menyentuh mengenai pakej bantuan ekonomi, manakala giliran terakhir adalah Timbalan Perdana Menteri yang juga

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan pelaksanaan darurat.

Sumber memaklumkan, Ahli Parlimen yang terlibat hari ini juga dijangka membuat pencelahan bagi meminta penjelasan dan memberi pandangan mengenai perkara dibangkitkan Perdana Menteri serta empat lagi menteri.

Katanya, situasi itu bakal menyaksikan pedebatan dalam kalangan Ahli Parlimen yang mewakili kerajaan dengan Ahli Parlimen daripada blok pembangkang.

“Andaian pelbagai pihak yang menjangkakan akan berlangsungnya satu undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri oleh semua Ahli Parlimen tidak akan berlaku sama sekali,” kata sumber kepada Kosmo!.

Dalam pada itu, tumpuan pengamal media pastinya ter­arah kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa bakal membuat pendedahan terhadap pertuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya ketika ini.

Selain itu, pemerhati politik juga menantikan pendirian daripada kumpulan Ahli Parlimen UMNO mengenai sokongan mereka kepada Muhyiddin, selain isu-isu lain termasuk ketidakhadiran

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang disahkan positif Covid-19.


.

Berita Penuh :https://www.kosmo.com.my/2021/07/26/yb-bersidang-di-dewan-rakyat-hari-ini/

Jika Terlepas: Sai Baba : Tokoh agama, kaya, dermawan dan penipu!

COMMENTS

Wordpress (0)