Akhirnya MB Kedah umum cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam

Akhirnya MB Kedah umum cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam. Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan 18 Januari 2022 sebagai cuti peristiwa sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sungguhpun begitu, cuti peristiwa tersebut tidaklah termaktub untuk setiap tahun.

“Keputusan untuk menjadikan hari perayaan Thaipusam pada 18 Januari 2022 tahun hadapan sebagai cuti peristiwa telah diluluskan dalam mesyuarat Exco hari ini.

Kedah

“Tetapi cuti peristiwa ini bukanlah diberi secara automatik setiap tahun tetapi perlu dibincang serta diluluskan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu,” kata beliau pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Empangan Sabo di Titi Hayun, Yan, petang tadi.

Menurutnya lagi, keputusan kerajaan negeri itu juga perlu dipatuhi oleh semua pihak yang tertakluk kepada akta terbabit.

Sanusi juga berharap dengan keputusan itu akan memberi kegembiraan kepada penganut agama Hindu untuk meraikannya.

“Kita meniti laluan ke hadapan dan dengan kelulusan ini akan memberi kegembiraan kepada mereka,” tambah beliau lagi.

BACA JUGA : Tarikh luput 2 jenis vaksin ditambah hingga 6 bulan dari tarikh tertera di botol – KKM

Artikel ini disiarkan pada 16/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)