Akhirnya Ebit Lew buka mulut mengapa lama menyepi…

Akhirnya Ebit Lew buka mulut mengapa lama menyepi…

Akhirnya Ebit Lew buka mulut mengapa lama menyepi… Kenapa Ustaz Ebit Lew lama tiada khabar berita dari Gaza?

Pendakwah bebas itu menjelaskan bahawa hampir sebulan tanpa khabar berita sejak berlepas untuk Misi Bantuan ke Palestin adalah atas sebab keselamatan ketika melalui proses di persempadanan negara itu yang rumit.

Jelas Ebit Lew , mereka perlu melalui proses saringan yang sama dilalui oleh semua badan bukan kerajaan yang datang untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Palestin.

Ebit Lew

“Alhamdulillah, kita usaha dan dalam tempoh usaha itu kita memang dinasihatkanlah supaya kita tidak kemaskini tentang apa-apa permohonan dan sebagainya.

“Ia supaya satu demi faktor keselamatanlah, dan kedua saya ni memang jenis kalau tak ada apa-apa yang tercapai saya jarang nak kemaskini.

“Malah, jarang untuk bagi komen tentang apa-apa pun, isu semasa ke hal-hal lain ke kecuali saya dah buat sesuatu. Ha itu saya lah..” luah Ebit.

Pasukan Ebit Lew juga adalah yang pertama di dunia yang dibenarkan masuk ke Gaza melalui pintu Rafah sejak peperangan 11 hari pada Mei lalu.

“Jadi, saya berusaha atas faktor keselamatan saya buat begitu lah. Jadi alhamdulillah akhirnya selepas sebulan kita direzekikan masuk.

Saya diberitahu oleh Kedutaan Malaysia dan juga segala puji bagi Allah, tentera perisik Mesir, kita kumpulan pertamalah daripada Malaysia.

“Yang terawal masuk ke Gaza melalui pintu Rafah, jadi kita yang pertama sekali dan setakat ini satu-satunya, yang lain belum lulus kerana semasa kami di sana, kami berjumpa dengan berpuluh NGO yang sedang dalam proses.

“Tergolong dari seluruh dunia bukan Malaysia sahaja, yang ingin masuk ke sana mereka sedang lalui berbagai-bagai proses demi keselamatan,” kata Ebit Lew.

Untuk itu, Ebit Lew berterima kasih kepada semua pihak berkuasa yang berusaha menjayakan misi tersebut khususnya Wisma Putra dan Kedutaan Mesir.

Tidak dilupakan, seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan kelancaran misi tersebut.

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ebit-lew-lama-menyepi-kerana-lalui-proses-saringan-di-sempadan-306019

Jika Anda Terlepas: Bendera Putih : Kerajaan P. Pinang umum bantuan RM1.04 juta