Akhirnya CIMB disaman sebab kesilapan ini.. Pada penghujung bulan Januari lalu tular isu pelanggan CIMB yang terkejut kerana akaun bank mereka telah dibekukan secara mengejut.
Akibatnya proses mengeluarkan wang dan pembayaran keperluan harian pelanggan ini terjejas teruk. CIMB telah mengeluarkan kenyataan ia adalah kerana kesilapan pemprosesan urusniaga yang hanya melibatkan sebilangan kecil pelanggan.
Menurut laporan FreeMalaysiaToday, 12 pelanggan CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank telah memfailkan saman ke atas bank atas kesukaran yang berlaku akibat kesilapan ini.
Saman melibatkan 9 individu dan 3 syarikat yang sehingga kini akaun mereka masih dibekukan oleh pihak CIMB.
Menurut para plaintif, tindakan CIMB membekukan akaun mereka melanggar terma dan a turut menyebabkan pelanggan tidak boleh mengeluarkan gaji sejak Januari
Mereka meminta ganti rugi dalam bentuk membayar semula kos guaman dan nilai ganti rugi yang dirasakan sesuai oleh mahkamah. CIMB berkata pihak mereka akan menentang saman yang difailkan kerana merasakan tindakan mereka wajar.
Isu kesilapan pemprosesan CIMB
Menyebabkan wang dikreditkan dua kali ke dalam akaun pelanggan. CIMB ingin wang tersebut dikembalikan dengan membekukan akaun pelanggan.
Sebelum NST melaporkan sekitar 11,000 akaun pelanggan bank CIMB telah dibekukan. Peguam plaintif Nazmi Mohd Zaini berkata terdapat kemungkinan saman kelompok akan difailkan lagi ke atas CIMB oleh ratusan lagi pelanggan yang terkesan oleh isu ini.
Tonton:
Baca:
Patutlah anak asyik nak handphone ayah, rupanya ada koleksi video ‘ranjang’
ASNB umum had pengeluaran online dinaikkan ke RM2,000 sebulan
Dilahirkan sebagai perempuan, gadis ini dimaki dan diludah sejak bayi oleh mak sendiri