Sepasang pengantin baharu mencuri perhatian pengguna media sosial apabila
ibu pengantin perempuan meninggal dunia sebelum majlis akad nikah berlangsung.
Kejadian tragis ini berlaku di Makassar, Sulawesi Selatan pada 23 November lalu.
Satu rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @cucutersayang1 menunjukkan seorang wanita menangis teresak-esak di atas pelamin
Wanita tersebut kemudian dipeluk dan ditenangkan oleh bapanya bersama ahli keluarga lain sebelum acara akad nikah diteruskan.
“Hari bahagia bertukar duka apabila ibu pengantin meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke pasar,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman tersebut mendapat lebih 2.1 juta tontonan dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
“Saya tidak dapat bayangkan perasaan pengantin perempuan,” komen seorang netizen.
“Di setiap daerah, ahli keluarga, terutamanya ibu bapa, dilarang pergi ke mana-mana semasa akad nikah atau bersanding,” komen netizen lain.
BACA; Pemilik bengang penceroboh makan hasil sawit atas tanah orang minta tukar nama pemilikan pula