Aishah positif Covid-19, dibawa ke hospital

Aishah

Aishah positif Covid-19, dibawa ke hospital.Penyanyi popular Aishah mengesahkan dirinya positif virus COVID-19. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram, pada Isnin.

“Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya ringkas dalam kapsyen bersama sebuah video menunjukkan dirinya sedang melakukan ujian calitan di rumah.

Dalam hantaran terbaharu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin memuat naik gambar di dalam ambulans dan memaklumkan beliau dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.

Aishah

Sementara itu, portal Kosmo melaporkan, penyanyi Janji Manismu itu mengalami simptom demam dan paras oksigennya juga tidak berada di paras normal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

“Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” kata Aishah seperti yang dipetik portal tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Aishah juga memaklumkan suami dan anak-anaknya disahkan negatif virus berkenaan.

Berita Penuh : https://www.astroawani.com/berita-hiburan/demam-dan-oksigen-tak-normal-aishah-positif-covid19-316929

BACA: Panas !!! Akhirnya Faizal mohon maaf atas kenyataan yang dikeluarkannya