Air Milo cincau jadi trending ramadan 2022, ini cara buat

Air Milo cincau jadi trending ramadan 2022, ini cara buat. Jom cuba buat air milo cincau masa berbuka nanti, confirm esok ‘repeat’ lagi! Haa kalau air soya cincau dah biasa sangat kita dengar, tapi kalau milo cincau macam ‘rare’ je kan?

Walaupun cuma menggunakan bahan-bahan mudah seperti air milo dan cincau, namun ia sangat menyegarkan dan sesuai buat minuman berbuka nanti.

Di laman TikTok, pengguna @boss.reen berkongsikan kepada orang ramai cara untuk membuat milo cincau ini. Ikuti langkah di bawah.

Air Milo cincau jadi trending ramadan 2022, ini cara buat

Resepi Air Milo Cincau Yang Mudah Dan Sedap!

Bahan-bahan :

  1. 4 sudu besar serbuk Milo
  2. Sedikit air panas | Untuk bancuhan serbuk milo
  3. 2 sudu besar susu pekat manis
  4. 1/4 cawan cincau
  5. Ais

Cara Penyediaan :

  1. Bancuhkan serbuk milo dengan sedikit air panas.
  2. Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.
  3. Kemudian, penuhkan cawan dengan cincau dan ais yang banyak.
  4. Siap untuk dihidangkan.
@boss.reen

Resepi air time Ramadhan nanti. Milo Cincau!! Sedap gila weyh. 😍😍 #milo #cincau #tiktokchef #ramadhan

♬ Angkasa – Diandra Arjunaidi

TONTON:

.

BACA:

Sewa supercar untuk beraya dah jadi trend warga kota, kos cecah RM8K sehari

Chong Wei cerita pengalaman lucu makan kurma, “tersembur air teh..!”

Pasangan Chef dicekup ‘bersama’ awal pagi ramadan di hotel

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)