Air liur mampu kesan pembohongan seseorang

Air liur mampu kesan pembohongan seseorang.Meskipun selama ini air liur dianggap menjijikkan, ternyata ia memiliki banyak fungsi penting kepada tubuh badan.

Dalam beberapa sejarah kuno, air liur digunakan sebagai alat untuk mengesan sekiranya berlaku pembohongan.

Misalnya seperti lapor Smithsonian, di India kuno, individu yang dituduh berbohong perlu mengunyah butir beras.

Masyarakat percaya, jika tertuduh berkata jujur, mereka akan memiliki air liur mencukupi untuk memuntahkannya kembali.

Jika si tertuduh berbohong, mulutnya akan kering dan beras akan melekat di bahagian tekak.

Air liur

Dalam buku Physiology: Prep Manual for Undergraduates, dijelaskan air liur mempunyai lima fasa berbeza yang sebahagian besarnya diproses melalui saliran makanan dalam tubuh badan.

Antaranya seperti Cephalic iaitu jenis air liur yang dihasilkan ketika melihat atau mencium bau makanan yang lazat.

Proses yang lain adalah Buccal, Esophageal, Gastric dan Intestinal.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/luar-negara/2021/09/air-liur-sebenarnya-boleh-diguna-kesan-pembohongan/

BACA: Ini senarai 11 perniagaan yang diumum PM boleh mula beroperasi hari ini

COMMENTS

Wordpress (0)