Ain Edruce pengacara Melodi baru ganti Nabila Huda

Ain Edruce pengacara Melodi baru ganti Nabila Huda. Pelakon, Ain Edruce dipilih sebagai pengacara program Melodi yang baharu bagi menggantikan Nabila Huda bermula hari ini.

Penerbit Melodi, Michelle Wee berkata, pemilihan Ain adalah sesuai dengan ‘DNA’ program hiburan popular itu selain mudah memberikan kerjasama.

“Ain memulakan tugas sebagai pengacara Melodi hari ini. Buat masa sekarang, memang Ain seorang saja pengacara, tapi setiap minggu kami akan menampilkan artis jemputan sekali gus menjadi rakan pengacara. Sama ada selepas ini kita akan menggandingkan Ain dengan pengacara lain atau kekal dengan konsep sebegini, segalanya bergantung kepada kesesuaian dan perbincangan bersama pihak pengurusan.

Baca Artikel Penuh