Aidiladha : Jangan cuba nak rentas daerah, negeri – TPM

Aidiladha : Jangan cuba nak rentas daerah, negeri – TPM

Aidiladha: Jangan cuba nak rentas daerah, negeri. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan orang ramai supaya tidak cuba untuk rentas daerah dan negeri sempena sambutan Aidiladha minggu depan.

Menurutnya, kerajaan masih tidak membenarkan rentas daerah dan negeri sama ada di kawasan fasa satu atau dua dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurutnya, orang ramai sepatutnya mengambil iktibar daripada kes penularan Covid-19 selepas sambutan Aidilfitri lalu.

“Ketika itu rentas daerah dan negeri masih belum dibenarkan tetapi ramai yang curi-curi balik, ikut lorong tikus dan sebagainya.

AdilAdha

“Kalau kita lihat kluster rentas negeri, kluster ini memuncak selepas itu seperti yang berlaku di Terengganu misalnya seluruh keluarga dijangkiti dan ada yang meninggal dunia, begitu juga di Kelantan.

“Jadi saya harap ia menjadi iktibar walaupun kita pandai nak lari dari sekatan polis untuk balik ke kampung dan boleh lepas daripada polis tetapi mungkin tak lepas jangkitan Covid-19.

“Oleh itu, kita jaga kita dan membuat kawalan kendiri untuk pastikan kita selamat,” katanya selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Hadri sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Justeru, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan meminta rakyat bersabar dan mengikut fasa PPN yang diumumkan sebelum ini.

“Jika vaksin ini dapat diberikan kepada rakyat dan apabila imuniti kelompok sudah diperolehi pada fasa tiga dan empat, rentas daerah dan negeri akan dibenarkan.

“Tunggulah kerana fasa tiga boleh rentas daerah, manakala fasa empat pula rentas negeri dan bersabarlah,” katanya.

Berita Penuh : https://www.hmetro.com.my/utama/2021/07/731343/jangan-cuba-rentas-daerah-negeri-sambut-aidiladha-tpm

jika terlepas: Dakwaan anggota minta suapan, Polis sedang kesan pemilik akaun twitter