Ahmad Idham umum letak jawatan sebagai CEO FINAS

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri sudah menyatakan hasrat meletak jawatan dalam mesyuarat Ahli Lembaga pada Khamis lalu.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata, Ahli Lembaga FINAS bersetuju melepaskan Ahmad Idham dan menyokong penuh perjalanan kerjaya seterusnya.

Ahmad Idham sudah menyatakan hasrat meletak jawatan dalam mesyuarat Ahli Lembaga FINAS pada Khamis lalu.

Ahmad Idham sudah menyatakan hasrat meletak jawatan dalam mesyuarat Ahli Lembaga FINAS pada Khamis lalu.

“Perasaan kami tentulah sedih dan gembira seperti dinyatakan dalam mesyuarat Ahli Lembaga FINAS.

“Sedih kerana terpaksa melepaskan ketua komandan, tentulah rasa kehilangannya. Kami berjuang bersama dalam membantu menggerakkan dan membangunkan industri seni kreatif pada era pandemik.

“Terlalu banyak agenda dirancang dan dilaksanakan. Walaupun antaranya masih tertangguh dan baru hendak bermula disebabkan penularan serta peningkatan kes COVID-19,” katanya kepada BH Online.

Ahmad Idham umum letak jawatan sebagai CEO FINAS

Menerusi ruangan Desas Desus dalam sisipan B*POP, BH hari ini menyatakan khabar angin Ahmad Idham akan menyandang jawatan penting di sebuah kementerian bertaraf diplomat.

Bagaimanapun, katanya, Ahli Perbadanan FINAS tetap gembira kerana Ahmad Idham beralih ke kementerian yang membuka ruang untuk industri kreatif melakukan anjakan lebih besar.

“Dalam bersedih, kami tetap gembira dengan lonjakan kerjaya Ahmad Idham.

“Apa yang dilihat, ia membuka ruang lebih besar untuk Ahmad Idham mengembangkan industri kreatif ke peringkat global. Kami mengharapkan Ahmad Idham dapat melaksanakan tugasan baharu dengan lebih cemerlang.

“Ahli Perbadanan FINAS akan segera mengemukakan surat peletakan jawatan Ahmad Idham kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa untuk kelulusan,” katanya.

Zakaria gembira Ahmad Idham beralih ke kementerian yang membuka ruang untuk industri kreatif melakukan anjakan lebih besar.

Zakaria gembira Ahmad Idham beralih ke kementerian yang membuka ruang untuk industri kreatif melakukan anjakan lebih besar.

Zakaria mengulas khabar angin mengenai Ahmad Idham akan beralih ke kementerian lain menerusi ruangan Desas Desus dalam sisipan B*POP, BH, hari ini.

Desas-desus bertiup kencang mengatakan Ahmad Idham akan menyandang jawatan penting di sebuah kementerian bertaraf diplomat.

Difahamkan, tugasan baharu Ahmad Idham masih berkaitan dunia seni, kreatif dan budaya. Namun, tugasan lebih mencabar apabila membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia.

Berita Penuh : https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2021/09/863045/ahmad-idham-letak-jawatan-ceo-finas

BACA JUGA : Panas !!! MoU : Pemimpin Pejuang luah rasa kecewa dengan Anwar, PH