Ahli Politik mencabul : 12 dipanggil beri keterangan, polis selesaikan kertas siasatan

Ahli Politik mencabul : 12 dipanggil beri keterangan, polis selesaikan kertas siasatan

Polis melengkapkan siasatan berhubung dakwaan dibuat peserta pertandingan Ratu Kaamatan di sini yang diganggu secara seksual oleh seorang ahli politik, setelah mengambil kenyataan 12 individu.

Antara yang diambil kenyataan adalah peserta lain pertandingan itu serta seorang warga Australia yang bekerja untuk ahli politik terbabit yang juga seorang ahli perniagaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Hazani Ghazali berkata, pihak polis akan mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini dan menunggu arahan lanjut.

Ahli politik berusia 52 tahun berkenaan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Dalam laporan polisnya, peserta Unduk Ngadau terbabit mendakwa suspek, seorang ahli Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), merabanya di paha, belakang badan, leher dan tangannya ketika menaiki kenderaan milik suspek.

Satulaporan polis turut dibuat oleh seorang anggota Rela yang mendakwa lelaki berkenaan menyerangnya.

Sementara itu, peguam ahli politik berkenaan Marcell Jude berkata, perintah reman bagi anak guamnya akan tamat tengah malam esok.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/09/polis-selesai-siasat-dakwaan-ahli-politik-cabul-peserta-ratu-kaamatan/