Ahli politik didakwa dengan 58 pertuduhan gubah wang haram

Ahli politik didakwa dengan 58 pertuduhan gubah wang haram

Ahli politik didakwa dengan 58 pertuduhan gubah wang haram. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Mansor Musa didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini di atas 58 pertuduhan pengubahan wang haram.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang di atas 106 pertuduhan pengubahan wang haram.

Mansor, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-42 tertuduh didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram antaranya menerima wang dalam bentuk tunai, pembelian saham, memindahkan wang dan pembayaran kepada kontraktor malalui beberapa buah syarikat.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman didenda sehingga RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, bagi pertuduhan 43 hingga ke 58, tertuduh didakwa menerima, mengguna dan memindahkan wang daripada sebuah syarikat yang merupakan hasil daripada aktiviti haram.

Kesemua pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM5 juta mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Public Bank cawangan Jalan Raja Chulan dan cawangan Starparc Point serta RHB Bank Berhad cawangan KLCC di sini antara Disember 2008 hingga Mei 2015 membabitkan nilai RM9.22 juta.

Dalam prosiding itu kes dikendalikan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Faridz Gohim Abdullah bersama Muhamad Asraf Mohamed Tahir manakala tertuduh diwakili peguam Datuk M. Selva.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan.

Tarikh 26 Julai ini ditetapkan sebutan semula kes.

Pada Isnin lalu, Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Buttorworth atas 106 pertuduhan berkaitan rasuah bernilai lebih RM11 juta melibatkan kesalahan yang sama.

Berita penuh : https://www.utusan.com.my/nasional/mahkamah/2021/07/bekas-adun-batu-maung-didakwa-lagi/

BACA JUGA : Terbukti kini Pas lebih pentingkan kuasa dan kedudukan, kata pemimpin Umno